Kementerian Dalam Negeri sudah mengenalpasti pemimpin politik yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu terbabit jika ada laporan dibuat terhadapnya.

Zahid berkata, kementeriannya mempunyai maklumat lengkap berhubung pembabitan pemimpin parti berkenaan.

Ditanya sama ada kdn akan mendedahkan individu terbabit, Zahid menjelaskan beliau menyerahkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam dan parti politik terbabit untuk membuat penilaian sendiri.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.