MALAYSIA
Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO

AHMAD ZAHID: Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan 'swab test' yang dijalankan adalah negatif. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Selepas dilaporkan menghadiri pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO yang disahkan positif COVID-19 beberapa hari lepas, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan beliau negatif dari virus tersebut.
Presiden UMNO itu berkata keputusan itu diperoleh selepas melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.
“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan swab test yang dijalankan adalah negatif.
“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya, pagi ini.
Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam, beliau melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19," katanya lagi.
Pertemuan yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn beberapa hari lepas, telah dihadiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.
Rentetan daripada sidang media berkenaan, tiga individu telah disahkan positif COVID-19, iaitu Tajuddin, Mohamed Nazri serta blogger UMNO Datuk Zaharin Mohd Yasin.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada Najib turut menjalani ujian saringan COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami