awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid harus ketuai Kabinet bayangan - Penganalisis

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2018
01:58 MYT
Zahid harus ketuai Kabinet bayangan - Penganalisis
Ahmad Zahid berkata blok pembangkang tidak memerlukan Kabinet angan-angan yang menamakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dipraktikkan Pakatan Harapan ketika mereka menjadi pembangkang. - Gambar fail
Kabinet bayangan dari blok pembangkang perlu diwujudkan sebagai mekanisme untuk 'semak dan imbang' sebarang keputusan dibuat kerajaan memerintah.
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, portfolio paling awal perlu diwujudkan adalah melibatkan jawatan menteri kanan seperti Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Menurutnya, Kabinet itu harus diterajui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun portfolio melibatkan kepimpinan mereka harus dibincangkan sebaiknya selepas Kabinet bayangan dibentuk.
"Sepatutnya perlu (wujudkan Kabinet Bayangan) sebab kita tak pernah ada tradisi kabinet bayangan tapi sebaiknya memang ada. Dulu Pakatan Harapan semasa jadi pembangkang, mereka tak buat kabinet sebegitu.
"Tapi jika BN nak mulakan, memang bagus sebab boleh jadi 'semak dan imbang' kepada kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, kewujudan Kabinet bayangan membolehkan sebarang bantahan atau idea disampaikan dengan lebih baik kerana terdapat individu ditugaskan khas untuk memperkatakan tentang sesuatu isu berbangkit.
"Saya rasa itu lebih baik daripada semua orang bercakap, bercampur-campur. Ada yang seorang pemimpin cakap semua benda, ada pula pemimpin yang tidak bercakap langsung dalam Parlimen. Jadi saya rasa elok kalau ada kabinet bayangan," ujarnya.
BACA: Tidak perlu 'kabinet bayangan' - Ahmad Zahid
Semalam, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid menyatakan blok pembangkang tidak memerlukan Kabinet angan-angan yang menamakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dipraktikkan Harapan ketika mereka menjadi pembangkang.
"Tidak perlu tentukan siapa ketua, kita mempunyai cara berbeza, tak perlu ada Kabinet bayangan seperti mana yang dibuat oleh mereka (Harapan).
"Itu namanya Kabinet angan-angan. Kita tidak ada jawatankuasa tapi ada portfolio yang membolehkan ahli Parlimen fokus untuk bahas dan bangkitkan perkara-perkara tertentu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#angan-angan
#jawatankuasa
#kabinet bayangan
#kerajaan
#Menteri Kanan
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pemimpin
#portfolio
#shadow cabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan