awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid: Laporan Bersih 3.0 boleh jadi garis panduan baiki Akta Perhimpunan Aman

Bernama
Bernama
11/07/2013
14:33 MYT
Zahid: Laporan Bersih 3.0 boleh jadi garis panduan baiki Akta Perhimpunan Aman
Laporan sebuah panel penasihat bebas yang dilantik kerajaan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 boleh dijadikan garis panduan untuk memperbaiki Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata panel itu profesional dalam menjalankan siasatan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amat berpuas hati dengan laporan panel yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.
Bagaimanapun, beliau berkata beliau perlu menyerahkan laporan itu kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada ia boleh dijadikan dokumen awam.
"Oleh itu, KDN akan berbincang dengan pihak polis untuk menentukan lokasi sebenar yang digazetkan untuk mengadakan perhimpunan, dan bukannnya di sebarang tempat," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang, hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada laporan itu akan didedahkan kepada orang ramai.
Semalam, Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0 menyerahkan laporan akhir panel itu kepada Ahmad Zahid. Laporan setebal 500 halaman itu mengandungi beberapa nasihat serta cadangan kepada kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat.
Panel penasihat bebas itu dibentuk 30 Mei tahun lalu bagi menyiasat dakwaan keganasan polis pada 28 April lalu. Panel itu mendengar keterangan 45 saksi dan meneliti lebih 72 jam rakaman video dari sumber polis, internet dan saksi.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kajian mendapati 90 peratus daripada kes jenayah berat, terancang dan berkumpulan dilakukan oleh bekas banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam.
Katanya, beliau akan membentangkan statistik dan kajian lengkap di Dewan Rakyat pada sesi September ini bagi membuktikan Ordinan Darurat masih diperlukan di negara ini.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa kenyataan beliau semalam menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai tidak logik, Ahmad Zahid berkata:
"Saya tidak menghina sesiapa tetapi saya telah menyatakan beberapa kali di Dewan Rakyat bahawa terdapat beberapa klausa di Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertindih, dengan kuasa ada pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain."
Justeru, beliau berkata dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low dan Nancy Shukri akan memperkukuhkan bahagian penguatkuasaan agar mekanisme ini akan berlaku adil kepada pihak polis.
Topic Berkaitan
#Bersih 3.0
#Dr Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan