KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaan ke-98 perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Zahid meminta sumbangan sebanyak RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan Singapura dalam satu majlis makan malam pada tahun 2015.
Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Christ Sheldon Anak Merun, 32, dalam pernyataan saksi memberitahu, siasatan SPRM mendapati Zahid meminta sumbangan tersebut daripada ahli perniagaan Wong Sang Woo yang juga Pengarah Chia Bee Enterprise Sdn Bhd.
Sumbangan tersebut bertujuan untuk disalurkan kepada Yayasan Akalbudi bagi tujuan menderma kepada orang miskin dan memerlukan.
"Wong kenal Datuk Seri Zahid Hamidi pertama kali pada tahun 2015 melalui majlis makan malam (tarikh dan tempat tidak ingat).
"Datuk Seri Zahid Hamidi memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Wong memperkenalkan dirinya sebagai usahawan daripada Singapura yang terlibat dalam pelaburan saham, perniagaan kayu balak, pelaburan harta tanah, pakaian fesyen dan ejen penghantaran," jelas saksi.
Dalam pertemuan itu, Zahid, jelas saksi telah bertanya kepada Wong berhubung sumbangan tersebut.
"Wong memberitahu, semasa majlis makan malam tersebut (2015), Datuk Seri Zahid Hamidi ada bertanya kepadanya untuk menderma bagi orang yang miskin dan memerlukan.
"Sebagai seorang dermawan, Wong bersetuju untuk menderma kepada yayasan yang diasaskan oleh Zahid. Datuk Seri Zahid memaklumkan kepada Wong bahawa ada orangnya yang akan menghubunginya untuk memaklumkan berkenaan dengan derma tersebut.
Perlukan masa sediakan jumlah
"Pada penghujung majlis makan malam tersebut, Datuk Seri Zahid Hamidi ada menyatakan jumlah sebanyak RM10 juta kepada Wong dan dia memberitahu untuk mempertimbangkan kerana memerlukan masa untuk menyediakan jumlah tersebut," jelas saksi.
Pada awal tahun 2016, Wong telah dihubungi seseorang yang diarahkan oleh Zahid untuk bertanyakan mengenai wang derma RM10 juta kepada Yayasan Akalbudi.
Individu tersebut kata saksi, telah menjelaskan kepada Wong berkenaan perbualan antara beliau dan Zahid semasa majlis makan malam pada tahun 2015 dan menyuruhnya untuk membuat bayaran derma tersebut kepada firma guaman bernama Lewis & Co di Kuala Lumpur.
"Wong Sang Woo mengarahkan penandatangan cek yang layak untuk menyediakan pembayaran kepada Lewis & Co Advocates melalui 10 keping cek dengan jumlah sebanyak RM1,000,000 bagi setiap cek seperti yang diminta oleh orang Datuk Seri Zahid Hamidi.
"Wong Sang Woo tidak ingat orang yang dia suruh untuk keluarkan cek itu kerana dia tidak berada di Malaysia pada ketika itu," jelas saksi.
Semakan Wong, katanya lagi, mendapati bayaran telah dibuat pada 21 April 2016 kepada Tetuan Lewis & Co.
"Semua ini atas permintaan Datuk Seri Zahid Hamidi seperti yang diberitahu oleh orangnya kepada dia (Wong) untuk mengeluarkan 10 keping cek.
"Dia (Wong) tidak tahu mengapa cek-cek tersebut perlu dikeluarkan secara berasingan dan bukan dengan menggunakan satu keping cek," jelas saksi lagi.
Satu keistimewaan
Kata saksi lagi, Wong yang juga pemilik Chia Bee Enterprise membuat sumbangan melalui syarikat itu dengan alasan bahawa dia telah memberi sumbangan kepada badan amal yang diasaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
"Dia (Wong) berasa ia satu keistimewaan apabila Timbalan Perdana Menteri meminta sumbangan amal. Dia tidak memerlukan kebenaran untuk menggunakan Chia Bee Enterprise Sdn Bhd kerana ia adalah syarikat miliknya.
"Dia tidak ingat siapa yang dia arahkan untuk mengeluarkan cek di Chia Bee Enterprise Sdn Bhd, tetapi penandatangan cek yang menandatangani cek seperti yang dia minta," ujar saksi itu lagi.
Bagaimanapun Wong memberitahu bahawa cek tersebut adalah sumbangan peribadinya kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskan oleh Zahid.
"Dia (Wong) menggunakan Chia Bee Enterprise Sdn Bhd untuk membuat derma amal kerana ingin menaikkan profil Chia Bee Enterprise Sdn Bhd di Malaysia.
"Sepanjang ingatan dia, sumbangan sebanyak RM10 juta tidak diisytiharkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana ia bukan sumbangan yang boleh ditolak cukai," jelas saksi lagi.
98 saksi
Sesi perbicaraan menyaksikan sejumlah 98 saksi dipanggil termasuk sembilan Pegawai Penyiasat SPRM oleh pasukan pendakwaan.
Difahamkan, seorang lagi Pegawai Penyiasat akan dipanggil bagi memberi keterangan sebelum pasukan pendakwaan menutup kes.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala pembelaan diketuai oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Fareez Azman
Thu Mar 11 2021
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Sitaan akaun bank Bersatu tidak boleh dilepas sehingga selesai perbicaraan - SPRM
"Akaun bank tersebut adalah 'subject matter' kepada siasatan serta pendakwaan dan ia tidak boleh dilepaskan sehingga selesai perbicaraan."
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bicara kes kematian bayi Qaseh Aulia 18 Oktober
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan perbicaraan kes kematian bayi berusia dua bulan, Qaseh Aulia Faizul pada 18 Oktober depan.
Polis silap, Justin Timberlake tak mabuk sewaktu memandu - Peguam
Peguam Timberlake mendakwa polis telah tersilap kerana menahan anak guamnya yang kemudian dituduh mabuk sewaktu memandu.
Perbicaraan wartawan AS Evan Gershkovich di Rusia masuk fasa akhir
Pendakwaan berpendapat bahawa tuduhan yang dibuat semasa prosiding tertutup pada 26 Jun, telah terbukti tanpa keraguan.
Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.