IPOH: Kecekalan dan semangat Zaitun Ibrahim yang tidak hanya berpeluk tubuh dan bergantung harap dengan orang lain meskipun dilahirkan tanpa anggota badan sempurna, wajar dijadikan contoh kepada masyarakat.
Zaitun, 35 tahun, yang lahir tanpa kedua belah kaki dan kudung tangan kiri, hanya bergantung kepada tangan kanan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Ini termasuk menghasilkan donat untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga.
Kerusi roda pula menjadi 'rakan karibnya' bagi memudahkan dia bergerak, termasuk menjual donat di sekitar kawasan rekreasi Padang Polo, di sini sebelum ini.
Kini, Zaitun boleh tersenyum gembira apabila menerima sumbangan kerusi roda elektrik yang lebih selesa bernilai RM1,950, bagi menggantikan kerusi roda biasa yang lama.
Kerusi roda elektrik tersebut disampaikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Dalam kunjungan itu, keluarga tersebut juga menerima sumbangan barangan makanan berjumlah RM700.
Menurut Rumaizi, sumbangan tersebut merupakan antara inisiatif Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), menerusi Program MBI Prihatin yang telah dilaksanakan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Lebih RM3 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota MBI dalam meneruskan kehidupan yang terkesan akibat COVID-19.
"Ia masih diteruskan sehingga kini dan perbelanjaan ini dibiayai oleh MBI serta rakan strategik seperti Pasar Raya Econsave, Kinta Properties, Kuala Lumpur Kepong (KLK), Chang Jiang dan lain-lain.
"Suami kepada Zaitun, Haizul Yit, merupakan staf MBI. Jadi, apabila kita lihat mereka punya usaha selama ini dengan berniaga, saya rasa kita wajar bantu.
"Kerusi roda elektrik ini untuk memudahkan dia bergerak dan lebih selesa, sebab dia berniaga, dan kita puji usahanya untuk berusaha berniaga.
"Kami harap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban Zaitun dan keluarganya," katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyampaikan bantuan di rumah sewa keluarga ini di Flat Kinta Heights, di sini pada Jumaat petang.
Hadir sama, Pengurus Pasar Raya Econsave Chemor, Shah Effendy Rosman.
Sementara itu, Zaitun berkata, dia berasa terpanggil untuk membantu meringankan beban keluarga dan membantu suaminya dengan menjual donat, sejak pertengahan tahun lalu.
"Nak bantu suami, tambahkan pendapatan, kalau tak cukup tiap bulan. Mula-mula cuba buat donat, ada juga rasa takut boleh atau tidak... tapi saya kena yakin juga.
"Mula-mula berniaga di Padang Polo dan jumpa pelanggan, kadang-kadang ada orang beli, kadangnya tidak. Rasa malu pun ada.
"Lama-kelamaan Alhamdulillah orang mula terima dan makin ramai beli donat. Saya belajar buat donat sendiri saja dengan Youtube dan tanya orang lain," katanya.
Ujarnya lagi, walaupun pergerakannya terbatas kerana keadaan dirinya itu, namun ia bukan menjadi alasan dan penghalang untuk dia meneruskan kelangsungan hidup.
Sebelum ini media melaporkan, Zaitun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) gigih mendalami ilmu cara membuat donat di YouTube, sebelum menjaja kuih itu bersama-sama suami di Padang Polo.
Aida Aziz
Sat Oct 29 2022
Rumaizi (tengah) ketika hadir bagi menyerahkan sumbangan kerusi roda elektrik kepada Zaitun di rumahnya di Ipoh, baru-baru ini. - Foto MBI
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Zaitun terima sumbangan kerusi roda elektrik, mudahkan pergerakan, jual donat
Zaitun yang lahir tanpa kedua belah kaki dan tangan kiri, hanya bergantung kepada tangan kanan untuk meneruskan kehidupan seharian.