awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan

Bernama
Bernama
26/12/2024
23:50 MYT
Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Semalam, Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang di KM186.7 Lebuhraya Utara Selatan.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Jasin, Melaka pagi semalam.
Allahyarham Nurul Syafiqah Nasruddin dan Allahyarham Nurhanis Afryna Azizan masing-masing berusia 19 tahun, merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
"Semoga ahli keluarga kedua-duanya dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Didoakan Allah SWT merahmati roh kedua-dua arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," kata Zambry menerusi hantaran di platform X semalam.
Menerusi hantaran sama, Zambry mendoakan supaya dua lagi penuntut UTeM iaitu Nur Hanis Suraya Supiyan, 20, dan Azwalidiya Azman, 21, yang cedera dalam kemalangan itu sembuh dengan segera.
Pada kejadian 6.30 pagi semalam, Nurul Syafiqah dari Gemencheh, Negeri Sembilan dan Nurhanis Afryna yang beralamat di Muadzam Shah, Pahang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang di lebuh raya itu.
Kemalangan juga menyebabkan Nur Hanis Suraya yang memandu kereta dan Azwalidiya, yang duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kanan cedera, dengan kedua-dua mereka kini menerima rawatan di Hospital Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#utem
#pelajar UTeM maut kemalangan
#kemalangan maut
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan