Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengesahkan bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Memetik dari akhbar Sinar Harian, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil berkata hasrat tersebut dizahirkan setelah mendapat sokongan ramai yang mahukan beliau bertanding untuk jawatan tersebut.
“Saya telah mendapat sokongan ramai sebanyak 191 bahagian terutama sekali dari kalangan Pemuda yang begitu menyokong dengan apa yang telah saya lakukan dan apa yang dapat saya lihat mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan saya bertanding untuk bertanding sebagai Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu,” kata Zed.
Menurutnya, dengan hasratnya itu sekurang-kurangnya dapat melahirkan seorang pemimpin dari industri seni dalam Umno itu sendiri.
“Kita boleh lihat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, ramai artis terutama sekali dari barisan pembangkang yang begitu lantang mengkritik dan menghentam kerajaan dan kita tiada ‘fighter’ dalam bidang seni terutama Umno untuk membalas balik kritikan tersebut,” katanya lagi.
“Jadi ini perlu kita wujudkan supaya kita perlu memperbetulkan balik keadaan yang dikritik oleh pembangkang terutama dikalangan artis-artis pro-pembangkang,” Zed berkata.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu menambah, hasrat itu mengambil kira saranan akar umbi yang mahukan beliau memegang portfolio yang lebih tinggi supaya peranan artis dan anak seni itu lebih berkesan untuk memulihkan imej Umno menjelang PRU14.
“Dalam masa yang sama juga, saya cuba untuk membangunkan industri seni dalam Umno itu sendiri supaya ianya boleh menjadi satu benda yang sangat penting dan mampu menjadi alat propaganda dalam politik,” katanya lagi.
Zed menambah di Amerika Syarikat, pengaruh seni dan budaya untuk menarik masyarakat kepada politik.
“Melalui kesenian dan budaya inilah mampu menaikkan imej Umno itu sendiri dan saya sudah pun mempunyai pelan-pelan jikalau saya bertanding itu nanti,” kata Zed.
Zed berpendapat, pelbagai maklumbalas sama ada baik atau buruk pasti akan apabila bertanding nanti.
“Pendapat-pendapat mereka itu akan diambil kira juga dan keputusan kita yang akan buat dan saya rasa inilah masanya untuk kita pergi dengan lebih lagi kerana jika pembangkang sudah pun memulakan langkah dan kita bagaikan tiada persediaan, jadi bagaimana pula persediaan kita menghadapi PRU14 nanti,” kata Zed.
Pada 21 September hadapan, pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan dalam memilih pucuk pimpinan yang baru dalam parti itu.
Aizat Sharif
Wed Aug 21 2013
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Zed Zaidi bakal bertanding rebut jawatan Exco Pemuda Umno
Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengesahkan bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu.