awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2021
09:03 MYT
Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan
Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal serumah. - Foto Sinar Harian
AMPANG: Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Selasa.
"Sehingga kini pihak Polis Ampang Jaya telah merakam keterangan lima orang termasuk selebriti dan tuan rumah.
"Kes masih dalam tindakan dan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal serumah.
Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, di sini membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
Pada Isnin, Mohamad Farouk berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.
Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].
Topic Berkaitan
#Norman Hakim
#Abby Abadi
#PKP 3 0
#ziarah aidilfitri
#Mohamad Farouk Eshak
#pendakwa raya
#media sosial
#polis
#perintah kawalan pergerakan
#kediaman selebriti
#hulu kelang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan