KUALA LUMPUR:Program Ziarah Kasih, bertujuan untuk memberi semangat kepada individu yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Ketua UMNO Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique berkata, ia inisiatif untuk membantu golongan B40, keluarga miskin, warga emas dan OKU dalam mendepani hari yang mencabar ketika ini.
Jelasnya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah UMNO Bukit Bintang itu membabitkan komuniti di sekitar dua kawasan iaitu di Kampung Semerang dan Kampung Baru, Salak Selatan.
“Kita berharap dengan sumbangan kecil ini, penerima tidak merasa terpinggir atau serba kekurangan dan tertekan untuk menanggung bebanan kos perbelanjaan harian semakin tinggi.
"Selain itu, inisiatif kebajikan ini juga memberi peluang untuk menyumbang kembali kepada komuniti malahan memberikan kegembiraan buat semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Sebelum itu, beliau hadir pada Program Ziarah Kasih, di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Salak Selatan.
Seramai 50 individu berpendapatan rendah (B40) dan orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan barangan keperluan harian pada program berkenaan.
Turut hadir, Penolong Pengurus Cawangan Parlimen Bukit Bintang, Mohd Zayadi Md Zain dan Pengerusi Sub Zon 6, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), Bukit Bintang, Kamarulzaman Mohamad Sharif.
Terdahulu, program Ziarah Kasih itu turut diisi dengan sesi menziarahi dua rumah penerima juga keluarga OKU.
Zainal Abidin berkata, program CSR siri kelima itu adalah inisiatif pihaknya yang dijalankan pada setiap Sabtu.
“Program ini turut mendapat berkerjasama dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan senarai nama penerima dan harap sumbangan dapat disampaikan kepada lebih ramai lagi,” katanya.
Astro Awani
Sat Dec 19 2020
Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada salah seorang penerima menerusi Program Ziarah Kasih anjuran UMNO Bukit Bintang, di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Salak Selatan. - Astro AWANI
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Ziarah Kasih beri semangat komuniti terjejas pandemik
Zainal Abidin berkata, ia inisiatif komited membantu golongan B40, keluarga miskin, warga emas dan OKU dalam mendepani hari yang mencabar ketika ini.
KKMM bantu syarikat produksi banyakkan filem dan drama - Saifuddin
Kementerian sedar ramai pemain industri perfileman dan seni terkesan kerana tidak dapat beroperasi ekoran pelaksanaan PKP dan PKPB.
SPRM siasat beberapa lagi kes rasuah berprofil tinggi
Dzulkifli berkata setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.
Hukuman buang sekolah masih relevan - Mahdzir Khalid
Hukuman buang sekolah masih relevan untuk dilaksanakan pada masa kini kerana ia merupakan bentuk akhir hukuman bagi pelajar bermasalah disipilin.
Kertas soalan UPKK hilang, tindakan tegas akan diambil - Idris
Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan kertas soalan bagi tiga subjek Ujian Penilaian Kelas KAFA berikutan kejadian pecah masuk di JAIM, semalam.
Penglibatan ibu bapa penting kepada pembelajaran anak-anak - Mahdzir
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, kejayaan saranan ibu bapa merupakan salah satu daripada inspirasi PPPM.