Kerajaan Johor mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk di bandar raya ini sebagai langkah berjaga-jaga menangani penularan virus zika.
Enam pintu masuk itu adalah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks KIK Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang, Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Terminal Feri Puteri Harbour di Iskandar Puteri dan Terminal Feri Stulang Laut.
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, saringan kesihatan menggunakan alat pengimbas haba ke atas pelawat atau rakyat Malaysia yang datang dari Singapura, akan dilakukan bagi memastikan tidak berlaku peningkatan suhu badan melepasi 37 darjah Celcius.
"Saringan dilakukan 24 jam menerusi tiga syif penugasan melibatkan doktor, petugas Jabatan Kesihatan Johor dan Johor Bahru serta dibantu pegawai Imigresen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan saringan kesihatan mengekang penularan virus zika di Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.
Beliau berkata selain saringan kesihatan, pihaknya turut menggalakkan pemilik kenderaan termasuk bas, kereta api dan lori yang menggunakan Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks KIK Sultan Abu Bakar, menyediakan semburan aerosol dalam kenderaan masing-masing bagi mencegah nyamuk.
Katanya sesetengah pihak mungkin memperlekeh atau menganggapnya sebagai remeh, namun ia merupakan salah satu cara berkesan dalam menangani penularan virus berkenaan.
"Dianggarkan kira-kira 50,000 kenderaan keluar masuk melalui Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar setiap hari. Oleh itu, kita tidak mahu orang ramai mengambil mudah berhubung penularan Zika," katanya sambil menegaskan orang ramai tidak perlu panik mengenainya.
Sementara itu, mengenai perkembangan denggi di negeri ini, Ayub berkata sebanyak 8,662 kes dicatatkan sejak minggu pertama tahun ini hingga minggu ke-34 yang berakhir pada 27 Ogos lepas, berbanding 9,058 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata sebanyak 14 kematian turut dicatatkan sehingga 27 Ogos lepas berbanding 25 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
"Ini bermakna usaha Jabatan Kesihatan Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan di setiap daerah dalam menangani denggi menampakkan kejayaan. Kita akan menggiatkan pencegahan denggi terutamanya di kawasan punca denggi seperti kawasan perumahan, kawasan lapang dan kawasan rumah tinggal," katanya.
BACA: 26 lagi kes Zika disahkan jangkitan tempatan dilapor di Singapura
Bernama
Tue Aug 30 2016
Dianggarkan kira-kira 50,000 kenderaan keluar masuk melalui Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar setiap hari. - Gambar fail
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Filipina lapor kes Zika pertama babitkan wanita hamil
Setiausaha Jabatan Kesihatan, Paulyn Ubial berkata, 12 kes Zika telah dikesan di seluruh Filipina bulan ini.
Singapura cadang tubuhkan program pengawasan buat bayi dijangkiti Zika
Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, sejumlah 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di republik itu, hampir sebulan sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama.
Zika: Thailand akhirnya dedah maklumat, kira-kira 200 kes disahkan
Pegawai-pegawai kesihatan negara itu pada awalnya khuatir industri pelancongan boleh terjejas jika maklumat tentang kes Zika didedahkan kepada umum.
Zika di Malaysia: Dua lagi kes, libatkan adik-beradik di Miri dan KL
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata, dua kes baru itu dikesan masing-masing pada 11 dan 13 September lalu.
Zika: Sepasang suami isteri di Singapura sudi tumpangkan wanita hamil
Leonia Francesca dan suaminya tinggal di kawasan Pasir Ris dan sudi untuk menumpangkan wanita yang sedang hamil di pangsapuri mereka.
Ketua kampung diminta main peranan cegah Zika
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata virus Zika amat berbahaya dan pencegahan awal diperlukan bagi membendungnya.
Bentuk pasukan pemantau virus Zika di setiap sekolah - Mahdzir
Pasukan pemantau itu perlu dibentuk sebagai langkah proaktif memantau kesihatan guru dan pelajar selain menjaga kebersihan sekolah bagi mencegah virus Zika.
Virus Zika ditemui di Malaysia pada 1969 - Pengkaji
Pengarah Pusat Kerjasama WHO bagi Rujukan Abovirus, Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, virus Zika telah diasingkan daripada nyamuk pada 1969, di Bentong, Pahang.
Zika: PM Najib saran semua pihak ambil langkah berjaga-jaga
Perdana Menteri mengingatkan sesiapa yang mengalami simptom berkaitan Zika agar segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan.
Kes Zika di Singapura meningkat ke 151, wanita hamil kedua dijangkiti
Pemerintah Singapura pada Khamis telah mengenal pasti 31 lagi kes jangkitan Zika tempatan, termasuk yang melibatkan wanita hamil kedua.