awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zika: Perbincangan keputusan gugur kandungan minggu depan - Dr Subramaniam

Tan Su Lin
Tan Su Lin
14/09/2016
09:25 MYT
Zika: Perbincangan keputusan gugur kandungan minggu depan - Dr Subramaniam
SUBRAMANIAM: Kementerian Kesihatan akan beri pandangan dari segi perubatan
Kementerian Kesihatan akan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan minggu depan bagi berbincang mengenai keperluan menggugurkan janin wanita mengandung yang dijangkiti virus Zika.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam memaklumkan, dalam pertemuan itu, pihaknya akan memberi pandangan dari sudut saintifik dan perubatan sebelum Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu konsensus mengenai perkara tersebut.
Ia juga susulan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Selasa lalu, berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu yang dijangkiti Zika.
"Selepas Mufti KL mengeluarkan kenyataan itu, kami di peringkat Kabinet telah berbincang dan terdapat cadangan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan berjumpa dengan kami untuk mendapatkan pandangan dari segi perubatan sebelum mengeluarkan konsensus kebangsaan tentang bagaimana menangani isu ini.
"Jadi kami akan menasihatkan Majlis Fatwa Kebangsaan berdasarkan itu," katanya dalam satu sidang media khas Zika di sini, hari ini.
Buat masa ini, tiada polisi berkenaan pengguguran janin yang dijangkiti virus Zika di negara ini.
Mengikut undang-undang sedia ada, pengguguran kandungan hanya boleh dibuat jika membahayakan kesihatan ibu, bukannya anak.
Pada Selasa lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka yang dijangkiti virus Zika sekiranya ia didapati memudaratkan kehidupan keluarga atau bayi itu sendiri.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat termasuk janin belum mencapai usia 120 hari serta mendapat persetujuan ibu bapa.
Topic Berkaitan
#Dr Subramaniam
#fatwa
#gugur kandungan Zika
#Mufti Wilayah Persekutuan
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan