Malaysia perlu menyambut baik usaha mewujudkan 'zon selamat antarabangsa' di Myanmar dan menggunakan saluran diplomatik untuk meyakinkan negara lain menyokong cadangan tersebut.
Peguam dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia Azril Mohd Amin berkata usaha Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan akan lebih bermakna sekiranya zon selamat berkenaan dapat diwujudkan dengan segera.
"Mekanisme ini menjamin penyaluran bantuan dengan lebih sempurna, mencapai sasaran penduduk yang menjadi mangsa serta menyediakan platform strategik untuk penyelesaian jangka panjang krisis kemanusiaan penduduk Muslim Rohingya yang telah berlarutan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azril berkata pada 8 Sept lepas, kerajaan Bangladesh telah mengambil inisiatif diplomatik dengan mencadangkan suatu kawasan di Myanmar diisytiharkan 'zon selamat antarabangsa' di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kawasan ini adalah untuk memastikan keselamatan, keamanan, makanan dan perlindungan bagi Rohingya yang kehilangan tempat tinggal dan ditindas serta menghentikan kemasukan mereka ke Bangladesh," katanya.
Katanya, kerajaan Bangladesh telah meminta PBB, Jerman, India dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) untuk mengambil inisiatif menubuhkan zon selamat itu seperti yang ditubuhkan sebelum ini di negara lain yang menghadapi situasi konflik.
Keganasan di Rakhine baru-baru ini mengakibatkan kematian ramai penduduk Rohingya dan mencetuskan penghijrahan lebih 270,000 rakyat Myanmar ke Bangladesh dalam tempoh dua minggu lalu.
Namun, Azril berkata pewujudan zon selamat seumpama itu masih memerlukan persetujuan daripada Myanmar.
"Dalam keadaan negara tersebut terlalu berdegil untuk mematuhi sebarang undang-undang antarabangsa berkenaan perlindungan nyawa penduduk awam, agak sukar sekiranya Bangladesh dibiarkan bersendirian bagi memastikan cadangan pewujudan zon selamat itu dilaksanakan," tambahnya.
Beliau turut menekankan bahawa ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak boleh terus membiarkan penduduk Muslim Rohingya menderita sebagai mangsa kekejaman dan menjadi pelarian ke negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
Bangladesh telah mengambil inisiatif diplomatik dengan mencadangkan suatu kawasan di Myanmar diisytiharkan 'zon selamat antarabangsa' di bawah penyeliaan PBB. - Reuters
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.