awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Negara mohon dibenarkan beroperasi ketika PKPB

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/12/2020
00:27 MYT
Zoo Negara mohon dibenarkan beroperasi ketika PKPB
Rosly @ Rahmat Ahmat berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan dan SOP kepada MKN untuk diteliti. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Zoo Negara berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk membenarkan ia kembali beroperasi sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan.
Timbalan Presidennya Rosly @ Rahmat Ahmat berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diteliti.
Antara SOP tersebut, katanya, mengehadkan hanya 1,500 pengunjung di lokasi ikon riadah negara itu secara berperingkat pada satu-satu masa, dalam tempoh sehari.
"Saya lihat kalau dibandingkan dengan tempat lain, ia dibuka dan (diadakan) dalam kompleks, dan kita terbuka dengan (kawasan) seluas 63 ekar.
"Sebagai contoh, di Melaka walaupun diadakan PKPB, tetapi zoo mereka dibuka. Sambutan agak kurang tetapi sekurang-kurangnya ia dibuka," katanya ketika ditemui Astro AWANI, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Rosly berkata pihaknya yakin penjarakan fizikal dapat dipatuhi, selain persediaan rapi sentiasa dibuat oleh Zoo Negara.
"Jadi, kalau kita buka memang ramai orang akan datang sebab selepas PKP dulu, saya jangkakan selepas enam bulan dibuka, baru pengunjung akan datang ke Zoo Negara.
"Tetapi mengejutkan, bulan pertama telah tular kerana terlalu ramai orang datang," ujar beliau.
BACA: Ayuh bantu selamatkan haiwan di Zoo Negara
Terdahulu, Rosly memaklumkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan sahaja lagi untuk menampung kos operasi termasuk gaji kakitangan.
Justeru, pelbagai usaha sedang giat dilakukan oleh pihak Zoo Negara termasuk sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan siaran langsung.
PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijadual tamat pada 6 Disember ini.
Topic Berkaitan
#SOP
#Kuala Lumpur
#Majlis Keselamatan Negara
#PKPB
#PKP
#Zoo Negara
#bantuan kewangan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan