KUALA SELANGOR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk menamakan mana-mana calon Perikatan Nasional (PN) sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen berkenaan.
Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang, Nurul Syazwani Noh berkata, Zulkafperi seharusnya memberi tumpuan mengenai kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen sekiranya berlaku PRK.
"Sepatutnya beliau (Zulkafperi) memikirkan seandainya terjadi PRK, beliau akan bertanding di bawah parti mana.
"Adakah PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional) sanggup menggadai kerusi (Parlimen) Tanjong Karang untuk diberikan kepada Zulkafperi atau beliau yakin akan menang seandainya bertanding bebas," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Mengulas mengenai kenyataan Zulkafperi yang mendakwa, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disebut-sebut sebagai calon kerusi Parlimen Tanjong Karang sekiranya berlaku PRK, Nurul Syazwani memberitahu, kedatangan bekas Ahli Parlimen Gombak ke Parlimen itu tiada kaitan dengan kempen PRK.
Nurul Syazwani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang menjelaskan, kehadiran Mohamed Azmin itu bagi mengikuti siri Jelajah Program Badan Perhubungan Negeri Selangor (BPN) Bersatu Selangor ke seluruh negeri termasuk Bersatu Bahagian Tanjong Karang.
"Jelajah ini bukan diadakan untuk kempen PRK, sebaliknya merupakan siri jelajah Pengerusi Negeri Bersatu yang baru dilantik bersama semua kepimpinan BPN ke seluruh selangor yang dimulakan sebelumnya di Bersatu Bahagian Kota Raja yang kemudiannya di Tanjong Karang dan Kuala Selangor pada hari sama," tambah beliau.
Sehubungan itu, katanya, PN Tanjong Karang bersedia dengan apa kemungkinan termasuk PRK di Parlimen itu.
"Saya juga menyifatkan tindakan Zulkafperi menukar sokongan beliau itu umpama pak kaduk, menang sorak kampung tergadai," ujar beliau.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Zulkafperi Hanafi mendakwa Mohamed Azmin disebut-sebut sebagai calon kerusi Parlimen Tanjong Karang sekiranya berlaku PRK.
Zulkafperi berkata, beliau mendapat banyak maklumat daripada pelbagai pihak kemungkinan Mohamed Azmin yang juga bekas Ahli Parlimen Gombak bertanding di Parlimen berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 23 2024
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
'Zulkafperi tiada hak namakan calon PRK Parlimen Tanjong Karang'
Nurul Syazwani berkata, Zulkafperi seharusnya memberi tumpuan mengenai kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen sekiranya berlaku PRK.
PRU15: Cikgu Rahayu tidak gentar tempur kubu BN di Tanjong Karang
Dia mengakui bukan senang untuk MUDA menawan Tanjong Karang tetapi ia boleh dilakukan dengan kempen secara beradab dan bersungguh-sungguh.