awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraidin tawar diri tanding jawatan Presiden PSM

Bernama
Bernama
03/02/2022
01:00 MYT
Zuraidin tawar diri tanding jawatan Presiden PSM
Zuraidin berkata keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan sokongan daripada ahli gabungan GASTAK. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah pada Rabu mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu yang akan diadakan 12 Feb ini.
Zuraidin berkata keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan sokongan daripada ahli gabungan GASTAK.
"Saya ingin menyatakan kesediaan dan komitmen untuk menawarkan diri bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan presiden sebelum ini.
"Sebagai iktibar, biarlah sejarah dan kemelut masa lepas dalam PSM disemadikan.
"Marilah kita membuka lembaran baharu demi kebaikan sukan tradisi Malaysia ini.
"Sehubungan itu, saya amat berharap AGM PSM yang bakal diadakan dapat dijalankan dengan penuh persefahaman dan semangat kekeluargaan," katanya pada sidang media, di sini, Rabu.
Jawatan Presiden PSM kosong selepas Datuk Ahmad Ismail melepaskan jawatannya pada 4 Jun tahun lepas susulan badan induk sepak takraw negara itu terpalit isu dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Zuraidin berkata keputusan bertanding merebut 'kerusi panas' itu juga dilakukan atas hasratnya untuk mengembalikan semula imej PSM yang sebelum ini dihimpit dengan pelbagai isu.
"Saya mahu kembalikan PSM yang sebelum ini bekerja sebagai satu pasukan, saya mahu mengembalikan semula imej sepak takraw negara dengan menyusun semula barisan kepimpinan baharu dan pasukan kebangsaan untuk menghadapi kejohanan-kejohanan antarabangsa.
"Kita tidak nafikan beberapa kejayaan yang dibawa oleh pucuk pimpinan terdahulu, namun PSM ketika ini memerlukan perubahan untuk pembangunan sepak takraw negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSM
#Zuraidin Abdullah
#Gabungan Sepak Takraw Kelantan
#GASTAK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan