Seramai 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai Umno kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti tersebut untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang.
Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.
"Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan bergolak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.
Katanya keputusan beliau dan rakan-rakannya keluar daripada PKR dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Sementara itu Syed Ameruddin berkata tindakan Mohd Eruwan dan rakan-rakannya memilih UMNO membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional kini semakin kuat.
Katanya rakyat mulai sedar bahawa permainan politik kerajaan pakatan pembangkang hanya membuang masa dan kerajaan negeri itu tidak mampu melakukan sebarang perubahan untuk membela nasib rakyat.
Bernama
Mon Apr 01 2013
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Baiki negara, bukan bercakar sesama sendiri - Wan Azizah
Anggota PKR diingatkan untuk lebih ikhlas dalam perjuangan memulihkan negara dan bukan bercakaran sesama sendiri.
'Usah biarkan pangkat dan harta kaburi perjuangan PKR' - Ucapan sebak Wan Azizah
Ahli parti diminta tidak menjadikan pangkat, kuasa dan harta mengaburi asas perjuangan dan dasar PKR selama ini.
Usah berpuak-puak dalam pemilihan parti - TPM
Anggota PKR diingatkan supaya tidak berpuak-puak dalam pemilihan parti Ogos ini, sebaliknya, menyokong pemimpin yang terpilih kelak untuk menguatkan lagi parti berkenaan.
60 anggota PKR kawasan Bayan Lepas sertai Umno
Seramai 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai Umno kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti tersebut.