Pekerja kilang warga Nepal maut dihempap pintu pagar asrama

Kejadian berlaku ketika mangsa hendak membuka sendiri pagar tersebut. - Foto JBPM Pulau Pinang
NIBONG TEBAL: Seorang pekerja kilang warga Nepal maut dihempap pintu pagar sebuah asrama di Valdor Sungai Jawi di sini awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Pekerja kilang warga Nepal, Bhujel Ram (37 tahun) maut dihempap pintu pagar asrama Valdor Sungai Jawi.
- Pasukan kecemasan JBPM Pulau Pinang dihantar ke lokasi selepas panggilan pada 4.43 pagi; mangsa disahkan meninggal dunia ketika cuba membuka pintu pagar sendiri.
- Kejadian berlaku ketika pengawal keselamatan sedang membuat rondaan di tempat lain; mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Pasukan Keluaran Operasi menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan mengalihkan pintu pagar tersebut namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat daripada pengawal dan rakaman kamera litar tertutup di premis itu, kejadian berlaku ketika mangsa hendak membuka sendiri pagar tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
John berkata ketika kejadian, pengawal keselamatan yang bertugas tiada di situ kerana sedang membuat rondaan di lokasi lain dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


