awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik main isu perkauman dianggap sudah bankrap - Tun Musa

Haider Yutim
Haider Yutim
12/03/2013
12:33 MYT
Ahli politik main isu perkauman dianggap sudah bankrap - Tun Musa
Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam hari ini mengkritik sikap ahli politik yang gemar memain serta membangkitkan isu perkauman sebagai modal politik mereka.
Beliau dalam satu sesi dialog anjuran Sinar Harian petang tadi, menyifatkan mereka sebagai ahli politik yang kehabisan modal.
Tun Musa juga berpendapat bahawa langkah yang beliau sifatkan sebagai terdesak itu juga menyumbang kepada kemusnahan negara.
"Kalau dia (ahli politik) guna isu perkauman untuk politik, dia adalah ahli politik yang bankrap," kata beliau pada sesi 'Bicara Minda: Survival Ekonomi Melayu' di Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
Kata beliau, banyak lagi isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara dan bukannya hanya isu perkauman yang bertujuan untuk menakutkan rakyat.
Sementara itu, Tun Musa menyatakan keyakinan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) apabila sasaran 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi hampir tercapai.
Beliau juga yakin bahawa dasar itu berjaya mencapai sasaran kerana dilihat kemiskinan tegar semua kaum telah dapat dikurangkan.
Beliau juga menyangkal pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ekonomi orang Melayu kini terancam.
"Apabila kita guna survival orang Melayu, ada yang mendakwa ekonomi ini makin serius dan terancam hingga berisiko untuk luput. Ini saya tidak setuju," tambah Tun Musa.
Program dialog dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dan dipengerusikan oleh bekas ketua pengarang New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad selaku moderator.
Topic Berkaitan
#Tun Musa Hitam
#Wacana Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan