awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar saman pengendali blog Papagomo

Bernama
Bernama
21/03/2013
12:11 MYT
Anwar saman pengendali blog Papagomo
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah dan meletakkan imej yang mengaitkan Anwar dalam video seks dengan seorang lelaki di laman itu.
Anwar memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan pemilik dan penulis blog itu Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.
Peguamnya N.Surendran memberitahu media bahawa Anwar menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta dan akan menyerahkan writ saman itu kepada defendan dalam masa terdekat.
Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, telah menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.
Anwar mendakwa defendan juga meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej-imej itu ialah plaintif.
Anwar berkata perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat menyebabkan reputasi peribadi dan politik serta kedudukannya terjejas.
Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej-imej itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Papagomo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan