awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwat kekal: Jabatan Peguam Negara terima lebih 100 aduan

Bernama
Bernama
06/05/2013
10:51 MYT
Dakwat kekal: Jabatan Peguam Negara terima lebih 100 aduan
Jabatan Peguam Negara menerima lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu Abdul Wahab Mohamed.
Beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan aduan berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut.
"Aduan pertama ialah berhubung kesan dakwat kekal yang luntur diterima dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 30 April lepas," katanya kepada pemberita.
Menurut beliau lima lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret masing-masing di Klang, Kangar, Perlis, Kampar, Perak, Kuala Terengganu dan Petaling Jaya, esok berkaitan kesalahan pilihan raya.
Mereka akan didakwa terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dan melakukan khianat.
Dari 3 Mei hingga hari ini, jumlah kes berkaitan pilihan raya yang diarahkan untuk siasatan lanjut ialah 665 sementara 181 kes tiada tindakan lanjut, katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahab Mohamed
#Jabatan Peguam Negara
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan