Muka baru yang ditampilkan DAP menunjukkan transformasi sebenar parti berkenaan.

“Muka baru bererti darah baru, visi baru dan arena baru,” kata calon DAP untuk kerusi DUN Kota Alam Shah Ganabatirau Veraman.

Dia menggantikan penyandang Manoharan Malayalam yang menang kerusi berkenaan dengan 7,184 majoriti undi.

“Dia adalah sahabat baik saya,” kata Ganabatirau. “Saya tidak mahu katakan apa-apa. Saya sudah melakukan kerja di akar umbi dan susah untuk mereka menolok pencalonan saya. Kami perlu memberi keutamaan kepada parti dan bukan kepada kepentingan individu. [Setelah dicalonkan] reaksi saya adalah saya harus memikul tanggungjawab yang berat. Saya harus memberikan yang terbaik selaras dengan kehendak parti.”

Manoharan pulak tidak mahu memberikan sebarang kenyataan setelah digugurkan dari kawasan beliau.
Ditanya mengenai muka-muka baru, beliau berkata: “Saya tidak tahu mereka. Mereka amat baru. Saya sudah bersama parti selama 20 tahun.”

Antara muka baru yang dicalonkan untuk kerusi DUN Selangor atas tiket DAP adalah:

Teratai: Tiew Way Keng (penyandang: Jenice Lee)
Damansara Utama: Yeo Bee Yin (penyandang: Dr. Cheah Wing Yin)
Balakong: Ng Tien Chee (penyandang: Yap Lum Chin)
Teluk Datuk: Loh Chee Heng (penyandang: Philip Tan)
Bukit Gasing: Rajiv Rishyakaran (penyandang: Ronnie Liu)
Teluk Datuk: Loh Chee Heng (penyandang: Phillip Tan Choon Swee)

Di KUALA LUMPUR pula, tiada perubahan untuk kerusi parlimen. Teresa Kok yang digugurkan untuk kerusi DUN Kinrara dan digantikan oleh Ng Sze Han akan mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh.

Antara muka-muka lain yang akan mempertahankan kerusi mereka:

Kepong: Dr Tan Seng Giaw
Segambut: Lim Lip Eng
Cheras: Tan Kok Wai
Bukit Bintang: Fong Kui Lun

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Ching Eu Boon berpendapat bahawa pihak DAP tidak bertanggungjawab kerana memindahkan “tokoh kontroversi” mereka ke daerah lain.

“Jika benar dakwaan ahli Exco Selangor Ronnie Liu akan bertanding di kerusi parlimen Cameron Highlands, saya tertanya-tanya jika ia kerana skandal beliau semasa menjadi ahli Exco,” kata Dr Ching.