awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr. Wan Azizah pinggirkan penyokong setia

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
12/04/2013
00:35 MYT
Dr. Wan Azizah pinggirkan penyokong setia
Penganalis politik berpendapat tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) adalah satu keputusan yang membinasakan parti.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Jayum Jawan berkata, penyokong parti berkenaan sudah mula hilang arah dan berbelah bagi akibat ketiadaan pemimpin parti PKR itu.
“Bagaimana penyokong ingin berjuang sekiranya ketua tidak berjuang sama? Bagi saya tindakannya berbuat begitu adalah tindakan yang tidak baik bagi parti berkenaan sekaligus menyampaikan mesej yang bercanggah kepada rakyat.
“Terdahulu terdapat percanggahan apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan ibunya, Dr Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU-13 ini,” kata Jayum kepada Astro Awani.
Tambahnya, misi utama parti untuk memerintah negara tidak akan tercapai selagi masalah dalaman parti tidak dapat dibendung dan mengelirukan rakyat.
Dalam pada itu, Jayum turut mengaitkan perkara yang sama terhadap Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU-13.
“Apa gunanya menjadi ketua namun tidak menyertai peperangan pilihan raya, lebih baik berikan ruang kepada orang lain untuk memimpin parti,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr. Wan Azizah
#PKR
#PR
#Prof Jayum Jawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan