Mahasiswa kini sudah matang dan boleh diberi peluang untuk terlibat dalam politik di luar kampus.

Itu pandangan yang disuarakan Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

Beliau percaya sebagai rakyat Malaysia mahasiswa, berhak menentukan masa depan negara.

Menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik dan boleh menyokong mana-mana parti poltik.

Namun begitu Dr. Mohd Fauzi mahu pelajar hanya berkempen di luar kampus dan bersifat neutral ketika di kampus.

Beliau juga mahu pelajar memaklumkan pihak universiti telebih dahulu sekiranya bercadang untuk menjadi calon dalam pilihanraya ke 13 ini.

Dr. Mohd Fauzi berkata, "Pada aku yang baru, mahasiswa boleh menceburi politik di luar kampus, di dalam kampus kita kekalkan neutraliti dan mahasiswa seharusnya faham tanggungjawab mahasiswa di dalam universiti. Di luar universiti mereka adalah rakyat malaysia dan mereka berhak menentukan masa depan Malaysia seperti mengundi dan sebagainya termasuk menjadi calon."

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Penuaian Ikan Tilapia Program Inkubasi Usahawantani di UPM.

Ia juga menyebut mahasiswa diberi kebebasan berpolitik tetapi tidak menganggu Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.

Program ini bertujuan melahirkan graduan atribut keusahawanan yang mampu mengharungi dunia perniagaan sebenar selepas tamat pengajian.

Pelajar juga diberikan pinjaman oleh Agrobank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk meneruskan kesinambungan dalam dunia keusahawanan ini.

Apabila ditanya mengulas mengenai penglibatan pelajar ipta dalam PRU akan datang.