awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto, tarikan pilihan raya

Haider Yutim
Haider Yutim
09/04/2013
04:32 MYT
Manifesto, tarikan pilihan raya
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata perdebatan manifesto merupakan tarikan baru dalam proses kempen pilihan raya kali ini.
”Yang menarik kali ini perdebatan itu akan berkisar kepada manifesto walaupun kita tahu akan ada kempen-kempen ‘gutter politics’, kempen fitnah, kempen peribadi dan kempen ‘personal assassination’. Yang itu memang ada,” kata beliau kepada Astro Awani selepas temubualnya dalam rancangan Agenda Awani.
Kata pensyarah sains politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini berada dalam persaingan untuk menterjemahkan manifesto mereka dalam bentuk realiti.
Selain itu, Dr Shaharuddin juga berkata, peranan kedua-dua parti politik tersebut ialah mempermudahkan manifesto menjadikannnya lebih difahami oleh rakyat.
“Manifesto tu dapat dimudahkan dan kemudiannya dapat difahamkan kepada masyarakat. Kalau dokumen itu diberikan terus kepada rakyat, tak ada siapa hendak membacanya,” kata beliau. Tambahnya lagi, memudahkan manifesto supaya menjadi lebih ‘marketable’ (boleh jual) merupakan strategi pada masa sekarang.
Kata Dr Shaharuddin lagi, strategi tersebut bergantung kepada kebolehan pemimpin-pemimpin parti untuk memahamkan masyarakat terhadap manifesto tersebut.
Ujar beliau, budaya persaingan manifesto merupakan trend yang baru bagi masyarakat Malaysia.
Namun, katanya rakyat perlu mendisiplinkan diri dengan mendengar ceramah-ceramah politik yang bersandarkan intelektual kerana ceramah-ceramah yang bersandarkan isu-isu sensasi tidak baik untuk pembangunan pemikiran masyarakat.
Sila klik video untuk laporan penuh Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#debat
#Dr Shaharuddin Badaruddin
#gutter
#Manifesto
#politics
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan