awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat India boleh menjadi kuasa penentu PRU-13

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2013
00:37 MYT
Masyarakat India boleh menjadi kuasa penentu PRU-13
Masyarakat India boleh menjadi kuasa penentu PRU-13 walaupun komuniti itu bukan majoriti di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini kerana walaupun peratusan masyarakat India di sesebuah kawasan adalah kecil namun ia sudah cukup untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara ini terbukti pada PRU yang lalu dimana kemerosotan undi masyarakat India telah mempengaruhi prestasi Barisan Nasional, BN.
Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara khas program 'Hello Malaysia' versi tamil terbitan BernamaTV.
Katanya BN menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh Parti Barisan Progresif India (IPF) serta NGO yang mewakili kaum India ke arah memastikan kemenangan BN.
Najib percaya pengundi India boleh memastikan kemenangan BN terutamanya di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.
Katanya di samping komited membantu masyarakat India mencapai sasaran pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus, BN juga sedia menambah peruntukan dalam tekun dan amanah ikhtiar Malaysia untuk kaum itu.
Tegas Najib di bawah program transformasi yang dilaksanakan semua rakyat Malaysia akan menikmati kesan pembangunan negara.
Topic Berkaitan
#BN
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan