awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC tidak bayar untuk lagu 'Beribu-ribu Tahniah' - T.Mohan

Vilashiiney Panneerselvam
Vilashiiney Panneerselvam
04/05/2013
02:06 MYT
MIC tidak bayar untuk lagu 'Beribu-ribu Tahniah' - T.Mohan
MIC menafikan ada membuat sebarang bayaran untuk penerbitan dan klip video lagu 'Beribu-ribu Tahniah'. “Tiada sebarang wang dibayar oleh MIC untuk penerbitan lagu 'Beribu-ribu Tahniah' ini," kata calon kerusi DUN Sri Andalas T.Mohan. T. Mohan turut menjelaskan lagu itu merupakan inisiatif penyanyi itu sendiri. Lagu disampaikan penuh bersemangat oleh Dheephan Chakkravarthy, seorang penyanyi yang terkenal dalam industri perfileman di India.
Video klip rasmi lagu yang turut memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan aktiviti-aktiviti BN berlatar-belakangkan lagu itu telah mendapat perhatian ramai pengguna di Facebook dan Youtube. Ramai yang mengulas mengenai sebutan penyanyi tersebut, mengatakan sebutan Melayu tidak jelas kerana penyanyi tersebut merupakan seorang warganegara India. "Mungkin ada kesilapan dalam sebutan beliau tetapi kami menghargai usaha beliau kerana ia dilakukan tanpa sebarang penglibatan ahli MIC. Lagipun, ahli keluarga beliau tinggal di Malaysia, ia adalah cara beliau menunjukkan penghargaannya kepada parti, " tambah T. Mohan. Walau bagaimanapun, penasihat undang-undang dan pemimpin "de factor" pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar berkata sesiapa juga yang akan menyanyikan lagu sedemikian sekiranya mereka dibayar. "Jika diberikan wang sesiapa sahaja akan melakukannya (menyanyi)".
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dheephan Chakkravarthy
#hindraf
#MIC
#P.Uthayakumar
#PRU13
#T.Mohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan