awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M: Calon BN yang tidak terpilih harus terima dengan fikiran terbuka

Bernama
Bernama
10/04/2013
23:47 MYT
Tun M: Calon BN yang tidak terpilih harus terima dengan fikiran terbuka
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka.
Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.
"Kalau betul-betul sayang parti, mereka akan terima dengan fikiran terbuka malah harus sokong parti dan calon ganti itu. Kena ingat dulu mereka menang sebab orang-orang (penyokong) itu juga, jadi kena kembali menyokong calon baharu," katanya dalam program 'Soal Jawab' yang disiarkan TV3 malam ini.
Program itu dihoskan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.
Dr Mahathir berkata penggantian calon perlu dilakukan pada setiap pilihan raya bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk berkhidmat kepada parti.
Mengambil contoh parti Umno, beliau berkata tindakan memilih orang lama parti untuk bertanding akan menyebabkan ramai orang tidak akan menyertai parti itu.
"Ini menyebabkan Umno makin lama makin kecil atau diisi oleh orang-orang yang tidak berbakat," tegasnya.
Beliau juga mengingatkan wakil-wakil rakyat BN yang tidak terpilih harus menyokong parti sebagai tanda membalas budi di atas peluang yang diberikan.
Katanya jika mereka tidak menerima keputusan itu, ia bermakna perjuangan mereka hanya terhad kepada diri sendiri dan bercanggah dengan prinsip perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat.
Mengimbas kembali tindakannya mengundurkan diri semasa berada di puncak, Dr Mahathir berkata ia perlu dilakukan agar tidak dibenci rakyat kerana terlalu lama memegang jawatan Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai manifesto PRU13, beliau berkata manifesto pembangkang memperlihatkan mereka tidak faham kebenaran dan kenyataan berbanding manifesto BN yang dihasilkan daripada pengalaman mentadbir negara.
Topic Berkaitan
#BN
#calon pilihanraya
#PRU13
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan