awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah tumpu perkara remeh dalam pilih kerajaan - Najib

Bernama
Bernama
24/04/2013
23:39 MYT
Usah tumpu perkara remeh dalam pilih kerajaan - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak memberatkan perkara remeh temeh, sebaliknya memikirkan soal lebih besar dalam membentuk sebuah kerajaan yang kukuh pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Perdana Menteri berkata jangan disebabkan 'hujan sehari, habis kemarau lima tahun', yang bermaksud segala kebaikan yang dilakukan kerajaan BN selama ini, dinafikan hanya kerana perkara remeh temeh. "Kita harus memikirkan kepada soal-soal lebih besar daripada perkara remeh yang mengalih sokongan.
"Ini bukan bererti perkara itu tidak penting, seperti masalah tak ada titi kecil di depan rumah atau sebagainya (masalah-masalah setempat), kita alih pandangan kita (kepada pembangkang)," katanya ketika berucap di bilik gerakan pilihan raya Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serambit, di sini, Rabu.
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan, berkata rakyat perlu menilai kerajaan BN yang selama ini sanggup 'bersusah senang' bersama rakyat.
"Susah senang kita bersama, bukan dengan orang luar (pembangkang), takkan lah kita nak lupa apa yang kita dibantu selama ini, jangan disebabkan hujan sehari habis kemarau lima tahun," katanya.
Beliau juga berharap pengundi di Parlimen Pekan terus memberi sokongan supaya BN memperoleh majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.
"Secara kebetulan, calon Parlimen Pekan adalah calon ketua kerajaan, ini juga kali pertama saya bertanding atas tiket mewakili BN, bukan sahaja sebagai calon Pekan tetapi Pengerusi BN," katanya.
Najib berkata kemenangan dengan majoriti yang besar di Pekan akan menjadi penilaian kepada sokongan rakyat kepada BN dan beliau sebagai Pengerusi BN dan ketua negara.
Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa tujuan pilihan raya adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan di peringkat nasional dan negeri.
Najib berkata jika BN terus kekal mentadbir negara, maka akan lebih banyak pembangunan yang akan dapat dinikmati penduduk di Pekan.
Najib yang tiba dari lawatan padat selama dua hari di Sabah, terus meluangkan masa melawat Bilik Gerakan Pilihan Raya PDM Lepar, Pulau Manis, Paloh Hinai, Serambi, sebelum meneruskan lawatannya ke Padang Rumbia, Kampung Temai dan Kampung Acheh.
Turut serta dalam lawatan itu penyandang calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Mohamad, penyandang DUN Bebar serta calon muka baharu BN DUN Bebar, Mohamad Fakhruddin Mohd Arif.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#election
#GE-13
#GE13
#Najib Razak
#pakatan
#PAS
#pilihan raya
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan