awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajarkah iklan provokasi diteruskan?

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
29/04/2013
23:48 MYT
Wajarkah iklan provokasi diteruskan?
Kecoh di laman sosial (Twitter dan Facebook) mengenai sesetengah iklan pilihan raya di akhbar-akhbar utama memaparkan iklan yang dikatakan berunsurkan provokasi dan menyentuh sensitiviti kaum.
MCA ni apehal dia pergi buat iklan mcm tu kat dlm Star?
— Farid dan Zal(@PujalAkhlaken) April 23, 2013
iklan ni xleh ke dicas under akta menghasut? advert dlm paper star today.. twitter.com/drakh_germ/sta…
— Rakyat Biasa (@drakh_germ) April 22, 2013
Iklan MCA - baca sendiri, jelas MCA merendahkan syariat Islam. twitter.com/Irfantastico/s…
— Irfan:Husin (@Irfantastico) April 23, 2013
Ada iklan bertulis dikatakan menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.
Sebuah iklan mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bulan PAS dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".
a
a
Persoalannya adakah iklan-iklan sebegini melanggar Kod Amalan Periklanan Malaysia jika ianya dilihat seperti memomok-momokkan sesebuah kaum dan adakah wajar ianya diteruskan setiap kali musim pilihan raya.
Pengerusi Lembaga Piawaian Pengiklanan (Advertising Standards Authority) atau ASA, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berpendapat amalan ini agak membimbangkan.
“Saya dapati iklan-iklan yang sedang disiarkan oleh pelbagai parti politik mula cenderung memainkan isu-isu perkauman dan keagamaan, selepas 56 tahun merdeka sudah tentu amalan ini dilihat amat mendukacitakan dan membimbangkan” katanya.
Namun Abdul Kadir berkata perkara ini masih lagi dalam keadaan terkawal memandangkan ianya disiarkan hanya ketika musim pilihan raya.
Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abdul Rahman ketika dihubungi berkata apa yang disiarkan di akhbar adalah di luar bidangkuasa mereka.
“Sekiranya ianya dimuatnaik di laman sosial dan bercanggah dengan Akta Komunikasi 98 Seksyen 233 iaitu salahguna rangkaian, maka SKMM akan bertindak”
Namun menurutnya setakat ini tiada aduan mengenainya telah dibuat.
a
a
Sementara itu Eugene Wong, pengurus di salah sebuah agensi pengiklanan terkemuka Malaysia berkata bahawa sebagai agensi pengiklanan, mesej dan objektif sesebuah iklan yang dibuat untuk pelanggan adalah tertakluk kepada permintaan pelanggan itu sendiri.
“Kami hanya membuat iklan berdasarkan apa yang diminta, namun begitu kesemua iklan yang dikehendaki pelanggan dan disiarkan di atas persetujuan mereka adalah di bawah tanggungjawab pelanggan itu sendiri” katanya.
Menurut Eugene lagi, Kod Amalan Pengiklanan Malaysia adalah sebagai panduan kepada agensi namun permintaan pelanggan adalah di luar kawalan mereka.
Loo Tan Thoi, pesara pengurus pengiklanan dari akhbar The Star mengatakan bahawa iklan-iklan sebegini adalah sesuatu yang biasa sewaktu pilihan raya.
“Sekurang-kurangnya pihak lawan dan kerajaan sendiri dapat menyuarakan pendapat masing-masing dan tidak timbul soal melanggar kod amalan pengiklanan”
Orang ramai turut melancarkan satu petisyen atas talian yang telah ditandatangani oleh 648 orang setakat ini yang menggesa pengiklan untuk berhenti menggunakan unsur perkauman dan agama dalam iklan mereka.
Itu pendapat mereka, apa pula pandangan anda? Kongsikan bersama AstroAwani.com
Topic Berkaitan
#Facebook
#Iklan surat khabar
#provokasi
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan