awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi terhadap keselamatan awam dalam pembinaan bangunan tinggi di Malaysia

Bernama
Bernama
22/04/2025
15:00 MYT
Tiada kompromi terhadap keselamatan awam dalam pembinaan bangunan tinggi di Malaysia
Nga menegaskan bahawa semua bangunan di Kuala Lumpur perlu menjalani penilaian laporan geoteknikal sebelum kelulusan pembangunan diberikan, bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini. - Gambar FB KPKT
BANGKOK: Bangunan tinggi di Malaysia direka bentuk untuk menahan gegaran gempa bumi sekurang-kurangnya berskala 7 magnitud, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata semua bangunan tinggi di negara ini mesti mematuhi piawaian keselamatan ketat yang diperkenalkan sejak 2015, walaupun membabitkan kos yang lebih tinggi.
"Kami tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan awam," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Nga diminta mengulas kejadian gempa bumi yang melanda Myanmar, yang gegarannya turut dirasai di Bangkok dan menyebabkan tapak pembinaan ibu pejabat baharu Pejabat Audit Negara di daerah Chatuchak, berhampiran Stesen Utama Bang Sue, runtuh.
Nga menegaskan bahawa semua bangunan di Kuala Lumpur perlu menjalani penilaian laporan geoteknikal sebelum kelulusan pembangunan diberikan, bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.
Walaupun piawaian keselamatan bangunan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya, beliau memberi jaminan bahawa Malaysia mempunyai peraturan keselamatan yang kukuh dan sentiasa berusaha menambah baiknya.
"Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kementerian Kerja Raya mempunyai garis panduan menyeluruh untuk memastikan bukan sahaja keselamatan awam, malah keselamatan pekerja. Kita menyasarkan sifar kemalangan sepanjang tempoh pembinaan," katanya.
Nga turut menyatakan bahawa Kuala Lumpur bukan asing dengan bangunan pencakar langit mega, dengan kira-kira 471 bangunan tinggi di ibu kota.
"Kita percaya tiada negara yang kebal daripada bencana alam yang selalunya sukar dijangka. Kita mesti mengambil iktibar daripada kejadian ini.
"Takziah dan simpati kami ucapkan kepada keluarga mangsa gempa bumi di Myanmar dan Thailand. Malaysia mesti mengambil pengajaran dan bertindak segera," katanya.
Nga kini mengetuai delegasi Malaysia ke Bangkok bagi menghadiri Sesi ke-81 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (CS81) di Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) ialah platform antara kerajaan serantau di Asia Pasifik, merangkumi 53 negara anggota dan sembilan anggota bersekutu.
Sebagai satu daripada lima suruhanjaya serantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ESCAP mempromosikan kerjasama serantau bagi menangani cabaran pembangunan mampan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#ESCAP
#pembangunan mampan
#keselamatan ketat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan