awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa
Kastam catat kutipan hasil RM76.18 bil pada 2025, lepasi dua kali unjuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/03/2020
05:41 MYT
2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak hari ini mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan memilih untuk menjadi Adun Bebas. - Foto Astro AWANI
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak hari ini mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas.
Tiga ADUN itu ialah ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong, ADUN Titi Serong (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan ADUN Buntong (DAP), A. Sivasubramaniam.
Ketiga-tiga mereka membuat pengumuman itu sejurus selepas sidang media khas oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini yang memberitahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno dan PAS negeri Perak bersetuju untuk membentuk sebuah gabungan baru.
Choo Kiong menjelaskan tindakan itu dibuat bukan atas dasar kepentingan politik peribadi namun untuk memastikan hak rakyat di kawasan masing-masing terbela dan tidak terpinggir di bawah pembangkang.
"Saya nampak dengan terbentuknya Perikatan Nasional ini adalah tidak begitu sempurna dengan tidak ada kehadiran wakil rakyat dari kaum India dan Cina.
"Maka atas permainan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah jatuh dan hak rakyat akan dipinggirkan, akhirnya rakyat di negeri Perak yang pilih PH sudah menjadi mangsa.
"Atas sebab itu kita buat keputusan untuk keluar parti dan kita akan sokong Menteri Besar supaya hak rakyat di kawasan masing-masing dan Perak amnya dapat dipelihara," katanya dalam sidang media pada Isnin.
Choo Kiong mendakwa, dia juga telah bertemu dan berbincang secara bersemuka dengan Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun dan Adun Chenderiang itu sebelum sidang media khas hari ini.
Katanya lagi, walaupun desas desus mengatakan Ahmad Faizal bakal menganggotai kabinet, namun dia yakin jawatan Menteri Besar tetap akan dipegang oleh Adun Chenderiang itu.
Topic Berkaitan
#A Sivasubramaniam
#ADUN Buntong
#Adun Titi Serong
#ADUN Tronoh
#DAP
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#Malaysia
#mangsa
#menteri
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PAS
#pembangkang
#politik
#PPBM
#UMNO
#Yong Choo Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan