awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2022
15:53 MYT
62,000 ahli DHPP akan pastikan calon Pas menang PRU15 - Balasubramaniam
Ketua DHPP Malaysia, Senator Balasubramaniam Nachiappan berkata, DHPP Malaysia memohon kepada Pas agar memberi laluan calon mereka bertanding atas tiket parti tersebut di tiga kerusi Parlimen dan 12 kawasan DUN. - Astro AWANI
JERANTUT: Kira-kira 62,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Malaysia memberi sokongan penuh kepada perjuangan Pas dan memastikan calon parti tersebut menang di setiap kawasan yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ketua DHPP Malaysia, Senator Balasubramaniam Nachiappan berkata, DHPP Malaysia memohon kepada Pas agar memberi laluan calon mereka bertanding atas tiket parti tersebut di tiga kerusi Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Bagaimanapun, DHPP menyerahkan persetujuan dan budi bicara Pas Pusat untuk menentukan kawasan kepada calon kami sebagai salah satu sayap parti ini yang sudah sebati sebagai penyokong kuat Pas.
“Kami berkeyakinan penuh memandangkan trend masa kini sokongan kuat mula dilihat kepada Pas selepas pelbagai kemelut yang melanda politik negara pada masa ini,” katanya kepada media di Kompleks Imam As Syafie (KIAS) Pas di Kampung Temin di sini, hari ini.
Katanya, sejak 16 Jun 2020, DHPP dengan persetujuan Pas Pahang berhasrat meletakkan calonnya sekali lagi untuk bertanding satu kawasan Parlimen dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.
"PRU14, Pas memberikan laluan kepada calon DHPP bertanding di tiga buah Parlimen dan 18 DUN, tetapi pada PRU15 nanti, hanya memohon 3 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN sahaja.
Beliau yang juga Ketua DHPP Pahang dan Jerantut berharap Pas Pusat memberi laluan kepada sayap itu bertanding atas tiket Pas pada PRU15 sekali lagi sebagai satu penghormatan dan semangat setiakawan.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Yohanis Ahmad.
"Namun, sehingga sekarang belum ada sebarang perbincangan atau pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak pimpinan Pas,” katanya.
Beliau yang pernah bertanding pada PRU14 di kerusi Parlimen Bentong hanya mendapat 5,706 undi dan tewas kepada Wong Tack dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperoleh jumlah undi sebanyak 25,716 dan seorang lagi calon MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut tewas dengan mendapat 23,684 undi.
Topic Berkaitan
#DHPP
#PAS
#PRU15
#pilihan raya umum
#Balasubramaniam Nachiappan
#calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan