KUALA TERENGGANU: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Pas ke-67.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kedua-dua pemimpin terbabit mempertahankan jawatan itu menerusi pemilihan sesi 2021-2023.
Katanya bagi jawatan Naib Presiden pula, ia menyaksikan empat pencalonan termasuk seorang muka baharu bagi merebut tiga jawatan berkenaan.
“Calon-calon Naib Presiden untuk kita pilih tiga orang seterusnya dalam muktamar ini juga ditetapkan dalam perlembagaan Pas.
“Kita memilih 18 orang Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat dan kita menerima pencalonan yang disahkan seramai 36 orang yang akan bertanding untuk mengisi 18 kedudukan dalam Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat.
“Satu lagi sepatutnya diadakan pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, tapi saya disahkan tidak ada pertandingan (untuk jawatan-jawatan itu),” katanya.
Menurut Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki akan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden parti.
Katanya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sebelum ini dicalonkan bagi bertanding sebagai Naib Presiden telah menarik diri daripada merebut jawatan itu.
Jelasnya bagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Pula, seramai 36 calon akan bertanding bagi merebut 18 tempat.
Takiyuddin berkata Muktamar Tahunan ke-67 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Kuala Terengganu akan diadakan secara hibrid.
Muktamar pada kali ini menyaksikan seramai 694 daripada 1,546 perwakilan akan hadir secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian.
Astro Awani
Thu Nov 04 2021

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Pas ke-67. - Gambar fail

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Pas sedia hadapi risiko tewas PRU15 jika terus kekal dalam PN - Abdul Hadi
Pas gesa PRU15 ditangguhkan kerana memikirkan keresahan dan kesulitan hidup rakyat, bukannya kemaruk kuasa, tegas Presiden Pas.

GST: Abdul Hadi harap kerajaan buat pertimbangan wajar
Kerajaan perlu mengambil kira semua aspek dan membuat pertimbangan sewajarnya jika ingin melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Hak Zuraida tukar parti - Abdul Hadi
Kata Presiden Pas, sebagai sebuah negara demokrasi, seseorang individu itu dibenarkan untuk menyertai mana-mana parti politik malah boleh menubuhkan parti politik.

Pas tiada rekod baik dalam gabungan politik, MN sudah 'nyawa-nyawa ikan' - Penganalisis
Sejarah kerjasama oleh parti itu bersama parti politik yang lain telah menunjukkan bahawa ia gagal dipertahankan pada masa lalu.

Rakyat letih, Pas setuju PRU15 ditangguh - Hadi Awang
Pas bagaimanapun sentiasa bersedia dan tetap menggerakkan jenteranya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PasLeak: Imej Pas tidak terjejas - Abdul Hadi
PAS yakin isu penyebaran dokumen 'PasLeaks' tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bawah khemah banyak tikus, kucing, Pas tidak sertai 'khemah besar' - Abdul hadi
Pas tetap tidak akan mengikuti dan menyertai sebarang inisiatif khemah besar sebaliknya akan terus menjalankan agenda perpaduan ummah.

PasLeak: "Hanya loyar buruk layan surat layang fitnah parti" - Abdul Hadi Awang
"Saya rasa hanya yang loyar buruk sahaja yang berminat melayan surat layang ini dari segi undang-undang pun tak lekat surat layang ini."

Pas tidak gopoh tentukan calon PM untuk PRU15 - Abdul Hadi Awang
Pas serah mandat pada rakyat untuk tentukan siapa layak jadi Perdana Menteri dan parti mana akan tadbir negara.

RUU Antilompat Parti tidak perlu gopoh - Presiden Pas
Tindakan ahli lompat parti bukanlah isu baru, justeru memerlukan penelitian mendalam, kata Abdul Hadi.