awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada ahli DAP lompat parti sertai Warisan?

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2018
08:10 MYT
Ada ahli DAP lompat parti sertai Warisan?
Dilaporkan sekurang-kurangnya 500 orang terdiri daripada bekas ahli DAP dan UMNO menyertai Warisan.
Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, beliau masih belum menerima maklumat berhubung ahlinya yang keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).
Katanya, jika benar berlaku kejadian tersebut ia bukan satu yang serius dan menyifatkan tindakan lompat parti adalah lumrah dalam politik.
“Ini satu khabar yang saya baru tahu... (mereka) mungkin ahli biasa. Tapi ini biasalah, itu pilihan mereka. Hal ini tiada masalah.
“Kita dengan Warisan mempunyai hubungan yang sangat baik dan rapat. Ketua Menteri pun memahami situasi kita,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Khatan Perdana di Taman Harmoni, Sandakan, hari ini.
Terdahulu, seorang bekas ahli DAP Tanjung Papat, Tahir Esin dilaporkan menyerahkan borang kepada Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sandakan, Datu Gulam Datu Hiya untuk menyertai parti itu.
Menurut Tahir, pihaknya mengambil keputusan itu kerana yakin dan matlamat perjuangan parti Warisan.
Katanya lagi, sudah tiba masa untuk rakyat negeri Sabah menyokong parti tempatan seperti Warisan yang menjadi parti pemerintah.
Dalam majlis sama, bekas ahli dan pemimpin UMNO Elopura Osman Ibrahim turut menyerahkan borang keahlian menyertai Warisan.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 500 orang terdiri daripada bekas ahli DAP dan UMNO menyertai parti berkenaan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Ketua Menteri Sabah
#Media
#Pakatan Harapan
#politik
#rakyat
#Sabah
#Sandakan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan