awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ada mesyuarat Kabinet esok, Parlimen tidak bubar lagi" - Annuar Musa

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/10/2022
10:01 MYT
"Ada mesyuarat Kabinet esok, Parlimen tidak bubar lagi" - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang media Pasukan Jihad Inflasi di Bangunan Parlimen, pada Khamis. - Gambar Facebook Annuar Musa
KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat Kabinet akan diadakan esok (Jumaat), sekali gus memberi petunjuk Parlimen tidak akan dibubarkan pada hari berkenaan.
Justeru, tegas beliau, isu Parlimen dibubarkan atau sebaliknya, tidak sepatutnya ditimbulkan.
"Saya tak boleh jawab sebab saya pun tidak tahu (bila Parlimen bubar). Saya anggota Jemaah Menteri, ada notis untuk esok… macam biasa, mesyuarat mingguan yang lazimnya hari Rabu, namun sebab Parlimen bersidang maka diadakan pada Jumaat.
"Maka kami dan menteri lain akan hadir mesyuarat macam biasa, kerja jalan terus. Ada mesyuarat (Kabinet) esok, Parlimen tak bubar lagi esok.
“Apa hasil keputusan hari ini akan dibawa ke esok perlu kerana perlu minta (persetujuan) Jemaah Menteri, jadi tidak timbul (Parlimen) bubar ke tidak, sebab Kabinet bersidang esok," katanya dalam sidang media Pasukan Jihad Inflasi di Bangunan Parlimen, di sini, pada Khamis.
Annuar dalam masa sama menegaskan, beliau tidak tahu-menahu bila Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen.
"Dalam Kabinet, kita tidak mengundi pun soal bubar, tidak bubar ini. Namun di peringkat parti-parti ada membuat pandangan mereka masing-masing.
"Bagaimanapun, kena berbalik kepada peraturan, parti tidak membubarkan Parlimen," ujarnya.
Berdasarkan peraturan, Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
"Namun, kena baca dalam Perlembagaan, pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak Agong, baginda boleh terima atau menolak," tegasnya.
Sementara itu, dalam catatan terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menulis, setiap parti politik berhak membuat pendirian masing-masing mengenai pembubaran.
Demikian juga, kata beliau, dengan keputusan yang dibuat oleh UMNOI perlu dihormati semua pihak.
“Semua ahli parti wajib akur keputusan parti,” kata Annuar lagi.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#Annuar Musa
#kerajaan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan