awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada sebab UMNO tidak cadang Perdana Menteri dua penggal - Mukhriz

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
04/10/2016
08:59 MYT
Ada sebab UMNO tidak cadang Perdana Menteri dua penggal - Mukhriz
Sidang media bersama Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Wisma Amanah Negara pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada sebab kenapa UMNO tidak mencadangkan untuk menghadkan penggal pentadbiran perdana menteri.
Menurutnya, tiada cadangan dibuat ketika itu kerana keselesaan dan tiada kepentingan untuk parti berbuat demikian.
Kata Mukhriz, konsep perlembagaan di Malaysia selama ini adalah seseorang Perdana Menteri akan terus berkhidmat selagi diterima rakyat seperti yang berlaku ketika Tun Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia selama 22 tahun.
"Dalam UMNO, perkara ini tidak berbangkit kerana keselesaan UMNO di kedudukannya.
"Biasanya Presiden UMNO adalah Perdana Menteri, jadi bukan kepentingan UMNO untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri itu," katanya.
Mukhriz berkata, walaupun cadangan tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun beliau yakin secara konvensyen ia boleh dilaksanakan seperti yang lakukan di United Kingdom (UK).
Muhkriz berkata demikian dalam sidang media bersama Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub pada Selasa.
Manakala Salahuddin menegaskan cadangan itu juga dirujuk kepada model Amerika Syarikat (AS) dan UK.
"Di AS, Presiden dua penggal dilaksanakan dengan meminda perlembagaan manakala di UK pula menerusi konvensyen.
"Mungkin, selepas kejatuhan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang dan jika semua anggota Parlimen boleh bersetuju, kita pinda perlembagaan dengan majoriti dua pertiga," katanya.
Jika perlembagaan sukar dipinda, kata beliau, maka ia boleh dilakukan seperti di UK iaitu menerusi konvensyen.
"Sebagai contoh, tidak dinyatakan bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mestilah Melayu dan Islam, tetapi ia jadi sedemikian menerusi konvensyen," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz menegaskan cadangan ini diusulkan bertujuan bagi membela nasib rakyat dan juga bagi mengelakkan salah guna kuasa seseorang Perdana Menteri itu untuk tujuan memudaratkan negara dalam tempoh yang lama.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Mukhriz Mahathir
#Parti Bersatu Pribumi Malaysia
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan