PEMUDA dan Puteri UMNO perlu menggunakan platform dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) untuk mengukuhkan kedudukan dalam memastikan lebih ramai calon pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan dibarisi orang-orang muda.
Bagi Exco Majlis Belia Malaysia Rizmel Nazrin Abdul Malek, UMNO perlu buka ruang lebih luas kepada anak muda untuk diketengahkan sebagai muka baharu pada PRU nanti.
“Perhimpunan ini merupakan peluang terbaik untuk menyakinkan golongan anak muda bahawa UMNO mampu menawarkan perancangan bukan sahaja bagi jangka masa pendek tetapi juga long-term goals yang diinginkan selama ini.”
Jelasnya, parti Melayu itu perlu menggunakan pentas perhimpunan pada tahun ini untuk memberikan satu 'tawaran baharu' kepada generasi muda.
Perhimpunan sayap-sayap UMNO akan dilancarkan esok malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Ia juga tidak boleh meminggirkan wacana dan aspirasi anak muda yang dikumpulkan menerusi dialog Transformasi Nasional (TN50) yang rancak diadakan di seluruh negara.
“Dasar dan isu-isu yang ingin diketengahkan semalam PAU2017 ini haruslah selari dan sejajar dengan elemen-elemen yang ditetapkan dalam Dasar Transformasi Nasional 2050 untuk sentiasa releven tanpa mengira zaman.
“Saya percaya UMNO khususnya memandang serius usaha meremajakan parti, bukan sahaja dari segi pemimpin tetapi juga dasar-dasar yang memberi fokus kepada golongan itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sementara itu, penganalisis politik dari Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata percaya PAU2017 akan digunakan sebagai pentas untuk menunjukkan kemampuan wanita sebagai calon PRU14 yang akan datang nanti.
Katanya, ia selari dengan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu meningkatkan penglibatan wanita dalam semua bidang termasuk ekonomi, politik, sosial dan banyak lagi.
“Pastinya lebih banyak orang muda dan wanita akan dicalonkan (dalam PRU14) kerana langkah ini akan menunjukkan Umno tetap relevan.
Beliau turut menambah, langkah ini juga relevan sebagai bukti parti itu sedia memberi ruang kepada orang muda dan wanita.
Shafizan Johari
Mon Dec 04 2017
Jelasnya parti Melayu perlu menggunakan pentas perhimpunan pada tahun ini untuk memberikan satu 'tawaran baharu' kepada generasi muda. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Adakah PAU2017 boleh jadikan UMNO parti "future-proof"?
Pemuda dan Puteri UMNO perlu menggunakan platform dalam PAU2017 untuk mengukuhkan kedudukan dalam memastikan lebih ramai calon pada PRU akan datang terdiri daripada orang-orang muda.