awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Adli ikrar mahu pimpin AMK dengan adil dan saksama

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/07/2022
11:34 MYT
Adam Adli ikrar mahu pimpin AMK dengan adil dan saksama
Adam dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua AMK di Kongres Nasional Tahunan AMK hari ini berkata, kemenangan yang dianugerahkan adalah amanah berat yang perlu dijaga dengan cermat. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu, Adam Adli Abdul Halim berikrar mahu memimpin sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan adil dan saksama.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua AMK di Kongres Nasional Tahunan AMK hari ini, aktivis mahasiswa itu berkata, beliau tidak mahu mengikat diri dengan terlalu banyak janji, yang kalau tidak berhati-hati, mungkin dimungkiri.
Katanya lagi, setiap suara yang bergema, setiap perbezaan dalam sudut pandang, setiap buah fikiran, pendekatan baik dari segi mengurus organisasi mahupun hala tuju pergerakan, harus diraikan sebagai kekuatan bersama.
"Kepelbagaian adalah teras kepada perjuangan parti kita. Suatu wadah yang tidak mudah untuk diperjuangkan namun berjaya kita angkat selama lebih 20 tahun sejak Reformasi bergema buat kali pertama di Kuala Lumpur suatu masa dahulu.
“Oleh yang demikian, saya pohon agar kelak, dalam kita mengemudi bahtera Angkatan Muda Keadilan ini, utamakanlah kebersamaan, kesetiakawanan, dan kesatuan kita. Pemimpin, uruskanlah perbezaan sebaik mungkin,” katanya lagi.
Dalam pada itu Adam berkata, kemenangan yang dianugerahkan tempoh hari, beliau terima sebagai sebuah amanah berat yang perlu dijaga dengan cukup cermat.
“Ia bukan tugas yang mudah, namun saya yakin dan percaya, dengan dokongan dari teman-teman di setiap peringkat, kita secara bersama dapat mengangkat martabat Angkatan Muda Keadilan ke aras yang lebih tinggi.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan buat kepimpinan lalu khususnya Akmal Nasir dan Syukri Razab yang telah mengukir jalan ke hadapan buat kami semua yang berhimpun hari ini,” katanya lagi.
Selain itu Adam berkata, harapan yang diletakkan ke atas bahu AMK sebagai sayap pemuda parti sangat besar.
“Dengan perubahan landskap pilihan raya kita yang menyaksikan peningkatan besar pengundi baharu dan muda, yang angkanya cukup signifikan, dalam menentukan apa bakal diputuskan dalam pilihan raya umum kelak.
“Tumpuan teralih kepada keupayaan kita untuk menggembleng sokongan kaum muda untuk mengangkat Keadilan dan Pakatan Harapan bagi mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang bakal kita hadapi tidak begitu lama lagi,” katanya lagi.
Terdahulu, perwakilan turut memilih 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK bagi sesi 2022-2024, dan 50 wakil AMK untuk ke Kongres Tahunan Nasional parti pada 16 dan 17 Julai.
Topic Berkaitan
#Adam Adli
#Angkatan Muda Keadilan
#kongres nasional tahunan amk
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan