Skip to main content

Sukan

Terbuka Kanada: Lee Zii Jia terlepas ke final dalam aksi 70 minit

Hasrat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, untuk menamatkan badi ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada Riki Takei dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Kanada, sebentar tadi. _Stadium Astro
Meskipun terlepas ke final, ia adalah kemaraan ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF pertama Lee Zii Jia (gambar) sejak menjulang gelaran Terbuka Australia pada Jun 2024. - Foto Astro ARENA
Advertisement

HASRAT perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, untuk menamatkan badi ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada Riki Takei dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Kanada, sebentar tadi.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terlebih dahulu menerima asakan daripada wakil Jepun itu apabila tewas set pertama, sebelum kembali bangkit dalam permainan kedua untuk mengheret pemain ranking ke-74 dunia itu ke set penentuan.

Tatkala mata terikat 17-17, Riki Takei lebih bersifat agresif kerap melakukan pukulan kencang sebelum mengakhiri kemenangan sulung ke atas wakil negara itu selepas bertarung hampir 70 minit.

Untuk rekod, meskipun terlepas ke final, namun ia adalah kemaraan ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF pertama Lee Zii Jia sejak menjulang gelaran Terbuka Australia pada Jun 2024.

Must Watch Video

Advertisement