awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan

Bernama
Bernama
23/05/2025
07:50 MYT
Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim menyampaikan ucapan dasar pada Kongres AMK sempena Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 di Berjaya Waterfront Hotel, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK 2024/2025 supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada pembentukan dasar parti dan kerajaan semasa sesi perbahasan.

Ringkasan AI
  • Fokus kepada usul yang memberi manfaat: Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim, mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK 2024/2025 supaya mengetengahkan usul yang relevan dan bermanfaat dalam pembentukan dasar parti serta kerajaan, bukan hanya isu dalaman.
  • Keyakinan terhadap kesatuan parti: Beliau menolak kebimbangan mengenai perpecahan dalaman PKR selepas pemilihan kepimpinan baharu, menegaskan bahawa semua calon bertanding adalah setia kepada perjuangan parti dan akan bekerjasama selepas pemilihan.
  • Proses pemilihan kepimpinan baharu: Kongres Nasional PKR 2024/2025 berlangsung selama tiga hari, dengan 251 calon bertanding dalam pemilihan kepimpinan bagi sesi 2025-2028 untuk Majlis Pimpinan Pusat, AMK, dan Wanita.

Beliau berkata usul yang dikemukakan perlu bersandarkan kepada persoalan sebenar dan tidak seharusnya terbatas dalam ruang lingkup dalaman parti semata-mata.
Adam Adli berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada kongres itu yang bertemakan 'Membangun MADANI, Menuju Reformasi' di sini hari ini.
Menyentuh mengenai kekhuatiran berlakunya perpecahan dalaman PKR selepas pemilihan kepimpinan baharu, Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata berdasarkan pengalaman pada pemilihan lepas, beliau yakin situasi terbbait tidak akan berlaku.
"Paling mustahak adalah bagaimana selepas pertembungan tersebut kita tautkan kembali parti. Pemilihan PKR memang terbuka sebab itu ia dilihat panas, tetapi saya beri jaminan semua yang bertanding ini adalah orang yang sangat setia dengan perjuangan parti," katanya.
Kongres Nasional PKR 2024/2025 berlangsung tiga hari bermula malam tadi dengan perasmian serentak AMK dan Wanita, disusuli ucapan dasar, sekali gus perasmian kongres oleh Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Kongres berkenaan juga menyaksikan berlangsungnya proses pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025-2028 merangkumi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Seramai 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pemilihan merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kongres Nasional AMK PKR
#Adam Adli Abdul Halim
#pemilihan PKR
#sesi perbahasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami