awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adun Amanah di Johor sertai PKR

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
27/02/2021
10:03 MYT
Adun Amanah di Johor sertai PKR
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A.Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu. - Gambar FB Khairuddin
KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.
Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat.
"Saya telah memohon untuk menyertai Keadilan pada bulan September 2020 dan alhamdulillah telah diterima. No keanggotaan saya ialah J1100004520.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan semua pimpinan serta ahli Keadilan khusus kepada pimpinan Negeri Johor dan pimpinan Cabang Batu Pahat yang telah menerima keanggotaan saya.
"Insyaallah saya berjanji akan mematuhi segala arahan parti serta pimpinan dari masa ke semasa," katanya.
Sebelum ini dua wakil rakyat Amanah di Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.
Malaysiakini melaporkan dua lagi wakil rakyat Amanah di Johor, Adun Serom Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit juga bakal mengikut jejak Khairuddin meninggalkan Amanah dan menyertai PKR.
Amanah dan PKR merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP.
Topic Berkaitan
#Parti Amanah Negara
#Amanah
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#lompat
#ADUN
#Senggarang
#Khairuddin A Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan