awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN PH Melaka sepakat tidak guna kemudahan Japerun

Bernama
Bernama
11/01/2023
23:20 MYT
ADUN PH Melaka sepakat tidak guna kemudahan Japerun
Kerk berucap ketika hadir pada Mesyuarat Penuh Japerun di Ayer Keroh, 10 Jan 2023. - Facebook Kerk Chee Yee
MELAKA: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Melaka sepakat untuk tidak menggunakan kemudahan pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) buat sementara waktu.
ADUN Ayer Keroh Kerk Chee Yee berkata tindakan itu diambil memandangkan tiada garis panduan jelas daripada kerajaan negeri berhubung kedudukan mereka dalam struktur pentadbiran Japerun ketika ini.
"Kami sebelum ini ada buat perbincangan sesama sendiri dan sepakat tidak menggunakan kemudahan tersebut buat sementara waktu bagi mengelak kekeliruan kepada masyarakat.
"Saya sendiri dijemput hadir ke mesyuarat di Japerun Ayer Keroh semalam, namun setakat ini tiada perubahan dalam struktur pentadbirannya," katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Kerk berkata beliau akan berkongsi laporan diterima daripada pejabatnya ke Japerun Ayer Keroh untuk menyelesaikan masalah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri diwakilinya.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum ini dilaporkan berkata ADUN PH dibenar menggunakan fasiliti di Japerun dalam usaha membantu rakyat di kawasan masing-masing.
Pengerusi Japerun selalunya diberikan kepada ADUN kerajaan, manakala seorang penyelaras akan dilantik sebagai pengerusi sesebuah Japerun jika calon kerajaan yang bertanding kalah kepada pembangkang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAPERUN
#ADUN PH Melaka
#kerk chee yee
#garis panduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan