awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Titi Serong sah sertai Bersatu pada 3 Jun lepas

Bernama
Bernama
29/07/2020
15:56 MYT
ADUN Titi Serong sah sertai Bersatu pada 3 Jun lepas
ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini, mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar fail/BERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini, mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Hasnul Zulkarnain berkata beliau telah menyerahkan nombor kad keahliannya sebagai tanda diterima menjadi sebahagian daripada parti itu kepada Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di pejabatnya, di Parlimen hari ini.
"Saya telah menghantar borang lewat Mei lepas sebelum disahkan keahlian yang bernombor 00448606 dalam parti itu pada 3 Jun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 9 Mac lepas, Hasnul Zulkarnain daripada Amanah bersama ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A.Sivasubramaniam kedua-duanya daripada DAP mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Beliau merupakan ADUN ketiga menyertai Bersatu selepas ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan ADUN Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Pada 9 Mac, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional (PN) Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 ADUN bagi membentuk kerajaan baharu, termasuk Nolee Ashilin (daripada Bebas) dan Abdul Yunus (daripada PKR) yang membuat keputusan menyertai Bersatu.
Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain berkata tindakan beliau menyertai Bersatu kerana melihat kesungguhan dan kepimpinan Muhyiddin dalam menerajui parti itu.
"Saya memilih untuk bersama Bersatu atas sebab parti itu yang menggabungkan kerjasama parti Melayu-Islam dan melihat kesungguhan Presiden parti membawa budaya politik baru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menyentuh mengenai penerimaan rakyat di Titi Serong, Hasnul Zulkarnain berkata tindakan beliau menyertai Bersatu juga kerana mahu terus berkhidmat dan memajukan kawasan itu, lebih-lebih lagi dari aspek pembangunan.
"Alhamdulillah, setakat ini, saya telah memberi khidmat sewajarnya sebagai ADUN kerana sebelum ini DUN Titi Serong sedikit ketinggalan daripada arus pembangunan ketika di bawah wakil rakyat pembangkang. Mereka (rakyat Titi Serong) menerima keputusan saya memilih Bersatu dengan positif," katanya.
Ini menjadikan Perak kini mempunyai 59 kerusi DUN dan 33 daripadanya dikuasai Perikatan Nasional, terdiri daripada 25 kerusi BN yang kesemuanya diwakili UMNO, Bersatu (lima) dan PAS (tiga) sementara DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (satu) serta Gerakan (satu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adun Titi Serong
#Bersatu
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perdana Menteri
#Presiden Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan