KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Abdullah memperkenankan perkara itu selepas berpuas hati dengan adanya keperluan berbuat demikian.
“Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi (P.054) Gerik dan (N.66) Bugaya telah dijadualkan pada 16 Januari 2021 dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Dalam menyembah nasihat kepada baginda juga, Muhyiddin berkiata, Jemaah Menteri pada 4 Disember lalu telah membincangkan secara terperinci kesan PRK Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah jika diadakan pada masa pandemik COVID-19 masih menular di Malaysia.
Perdana Menteri berkata, dengan mengambil iktibar penularan COVID-19 susulan Pilihan Raya Negeri Sabah
sebelum ini, Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam.
"Saya bagi pihak Jemaah Menteri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Seri Paduka Baginda untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan," kata Muhyiddin lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan PRK Gerik dan Bugaya masing-masing akan diadakan pada 16 Januari depan susulan kematian wakil rakyat dia kedua-dua kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63, meninggal dunia pada 16 November lalu akibat sakit jantung.
BACA: Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman meninggal dunia
Sehari selepas pemergian Hasbullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, pula menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu selepas mengalami masalah buah pinggang.
BACA: ADUN Bugaya Manis Muka meninggal dunia
Astro Awani
Wed Dec 16 2020
Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah. - Gambar fail
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Apple mulakan program gantian, baik pulih masalah kamera pada iPhone 14 Plus
Masalah ini melibatkan peranti yang dikeluarkan antara April 2023 hingga April 2024.
Harris peroleh kelebihan pertama di Michigan - Tinjauan Rasmussen
Kamala Harris kini mendahului pencabarnya Donald Trump di Michigan buat kali pertama dalam dua bulan.
Sejumlah pengguna Hotlink hadapi masalah akses aplikasi
Sebagai alternatif untuk sementara waktu, pihak Hotlink minta pengguna mendail *100# untuk semak kredit dan beli pas internet mudah alih.
Amazon tangguh pengenalan Alexa dikuasakan AI ke 2025
Amazon menangguhkan pengenalan Alexa AI ke tahun 2025 kerana menghadapi beberapa cabaran pembangunan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat
Anggota Batalion 8 menjalankan serbuan di tepi sungai di Kampung Laut, Tumpat berdasarkan maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 10 malam.
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
Korea Utara tuduh Presiden Korea Selatan gugat keselamatan
Media negara Korea Utara menerbitkan kertas putih pada Ahad, menuduh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, mendedahkan negaranya kepada risiko perang nuklear melalui dasar-dasarnya terhadap Korea Utara.
Dokumen tersebut, yang disediakan oleh Institut Kajian Negara Musuh Korea Utara dan dikeluarkan oleh agensi berita KCNA, mengkritik kenyataan Yoon mengenai perang.
Dokumen tersebut, yang disediakan oleh Institut Kajian Negara Musuh Korea Utara dan dikeluarkan oleh agensi berita KCNA, mengkritik kenyataan Yoon mengenai perang.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024.
Agong bersantap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota
Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.
Dokumentari khas Istiadat Pertabalan Agong ke-17 disiar Ahad ini
Dokumentari khas memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah, aspek budaya, tradisi dan persiapan di sebalik upacara pertabalan.
Pengurniaan profesor diraja jadi pemangkin, inspirasi kepada ahli akademik - Zambry
Pengurniaan bersejarah gelaran profesor diraja kepada Pengasas ISTAC Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada ahli akademik.
Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara hari ini.
Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib dikurnia gelaran profesor diraja
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.