awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau

Faida Rahim
Faida Rahim
08/07/2023
11:13 MYT
Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Dominic bakal menghadapi saingan tiga penjuru iaitu Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong, Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Micheal Gan Peng Lam dan bekas setiausaha agung parti, Datuk Liang Teck Meng. - Foto SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.
Beliau turut mengakui bahawa cabaran besar bakal menanti pada pemilihan parti kali ini kerana turut bersaing dengan PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Kerana itu saya nak buat sangat low profile. Janganlah kita fokus pemilihan parti, kita kena fokus PRN yang akan datang.
"Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengerusi-pengerusi perhubungan negeri yang memberi peluang kepada orang-orang muda, orang baru.
"Kali ini ada enam muka baru di peringkat negeri pengerusi perhubungan negeri," katanya pada sidang akhbar di Menara Gerakan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Dominic bakal menghadapi saingan tiga penjuru iaitu Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong, Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Micheal Gan Peng Lam dan bekas setiausaha agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng.
Senarai calon bagi jawatan Timbalan Presiden terdiri daripada Kiew Hen Chong, Prabagaran Vythilingam, Oh Tong Keong dan Mak Kah Keong.
Calon Naib Presiden Gerakan pula akan ditandingi oleh Alexander Lo Su Hyen, Baljit Singh Jigiri Singh, Koo Shiaw Lee dan Lee Ban Fatt.
Dalam pada itu, seramai 40 pencalonan bakal bertanding untuk jawatan ahli jawatan kuasa pusat.
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#pilihan raya negeri
#Dominic Lau
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan