KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen perlu bersedia meluluskan sejumlah peruntukan kepada kerajaan untuk membiayai peluang pekerjaan kepada rakyat, selagi ia telus dan mencapai sasaran.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata usaha merancakkan peluang pekerjaan seperti skim jaminan pekerjaan amat penting supaya kerajaan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta mencipta peluang pekerjaan.
Sebaliknya, menurut Shahril kerajaan boleh terlibat secara langsung untuk satu tempoh jangka masa sederhana bagi menyediakan pekerjaan yang sewajarnya.
"Kerajaan itu sendiri boleh membiayai pekerjaan-pekerjaan yang sektor swasta tidak akan wujudkan.
"Ia seperti sektor sosial seperti 'caregivers' dan contoh lain yang membantu output ekonomi dan sosial...iaitu pekerjaan dalam sektor-sektor tertentu yang boleh membantu kualiti kemasyarakatan.
"Apa yang penting adalah ahli-ahli Parlimen dan ahli politik bersedia memberi satu kekuatan perbelanjaan kepada kerajaan dan kerajaan perlu telus dalam perbelanjaan tersebut untuk membiayai pekerjaan-pekerjaan ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Shahril berkata antara menjadi kebimbangan pada ketika ini adalah isu birokrasi melibatkan mereka yang memohon dana atau bantuan terutama melibatkan komuniti perniagaan.
"Segala program yang sudah baik dirancang oleh kerajaan kadang-kala masalahnya melibatkan pelaksanaan melalui birokrasi yang terlampau rumit.
"Jadi saya fikir, perlu juga satu bentuk pemikiran bahawa waktu ini bukanlah seperti waktu yang biasa, pada masa sama bukanlah kita melonggarkan piawaian sewenang-wenangnya.
"Tetapi dari segi pelaksanaan itu, prosedur apa yang boleh dipermudahkan buat masa sekarang, kita permudahkanlah," katanya.
Justeru katanya penting supaya semua parti politik meletakkan penyelesaian masalah ekonomi sebagai agenda utama.
Isu birokrasi ini berbangkit apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meminta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) supaya kelulusan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Sep 07 2021
Menurut Shahril, kerajaan boleh terlibat secara langsung untuk satu tempoh jangka masa sederhana bagi menyediakan pekerjaan yang sewajarnya. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Pemerdagangan manusia: Lelaki dikurung hampir setahun
Choong Chin Yee pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di Manila kerana ketiadaan kerja selepas pandemik.
Belia Sarawak dambakan peluang pekerjaan, wacana lebih terbuka - IGMS
Keterbukaan tersebut akan membuatkan lebih ramai belia mahu terlibat dengan polisi-polisi dilaksanakan kerajaan negeri.
Ahli Parlimen perlu sedia bahas perbelanjaan fiskal untuk merancakkan peluang pekerjaan - Shahril
Ahli-ahli Parlimen perlu bersedia meluluskan sejumlah peruntukan kepada kerajaan untuk membiayai peluang pekerjaan kepada rakyat, selagi ia telus dan mencapai sasaran.
Negara mampu capai jumlah pekerjaan baharu hingga 500,000 tahun ini - MEF
"Kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus amat membimbangkan," ujar Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan.
160,000 pekerjaan baru bakal diwujudkan tahun ini - Zafrul
Majlis Pekerjaan Negara melaporkan lebih daripada 160,000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan bagi tahun 2021 melalui pelaburan komited.
Belanjawan 2021: Lanjutkan moratorium bantu ringankan hutang rakyat
Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar bali
Lebih 153,000 jawatan kosong diiklankan di MyFutureJobs
Sebanyak 7,638 jawatan kosong ditawarkan menerusi Karnival Penjana Kerjaya anjuran Perkeso.
PERKESO gesa penganggur, graduan daftar MyFutureJobs
Insentif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar bersama elaun mobiliti untuk pekerja yang layak, dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka.
Lambakan warga asing di Kampung Baru perlu ditangani pihak berwajib - Rina
Isu yang telah sekian lama berlarutan itu perlu diselesaikan segera bagi menjamin peluang pekerjaan lebih adil kepada rakyat tempatan di kawasan itu.
Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara
Mahasiswa tidak harus hanya bergantung kepada kerja dalam negara atau negeri sendiri semata-mata, sebaliknya perlu bersifat lebih terbuka.