KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menarik diri serta-merta.
Ini termasuk mereka yang diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, tindakan itu selari dengan cadangan daripada UMNO Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
"Cadangan daripada Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan menegaskan sekali lagi apa yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
"MKT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Ia juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini, hari ini.
Ditanya mengenai hubungan Pas dalam PN, Ku Li berkata, Pas perlu mengasingkan diri daripada PN jika mahu teruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).
"Kita (sudah) tiada kena-mengena dengan PN dan kita akan lawan PN (dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti).
"Kalau Pas ada, apa kita boleh buat. Kalau masih mahu bersama MN, (Pas) perlu asingkan diri daripada PN. Ini kerana, kita tidak menganggotai PN," katanya.
Fauzi Suhaimi
Sun Mar 28 2021

Ku Li berkata, Pas perlu mengasingkan diri daripada Perikatan Nasional jika mahu teruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional. - Gambar fail

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: 11 kluster baharu dikesan, 4 melibatkan kluster pendidikan
Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini.

Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.

COVID-19: Kes aktif melebihi 20,000, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit

Ceroboh Tanah Pusaka | Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Zakat Fitrah | Kaunter zakat fitrah pandu lalu
Bagi memudahkan orang ramai menguruskan pembayaran zakat fitrah beberapa amil zakat di Sandakan mengambil inisiatif mewujudkan kauter zakat fitrah pandu lalu. Bukan sahaja memudahkan namun ia selari dengan peraturan pematuhan SOP ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

COVID-19 | Tujuh kluster baharu sekolah di Kelantan
Jabatan Kesihatan Kelantan mengesan tujuh kluster baru membabitkan sekolah sekolah bawah kementerian pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan, YIK di seluruh Kelantan. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata dari data dua minggu sehingga 16 April lepas, 30 peratus kes aktif di kelantan membabitkan warga sekolah.

Rayuan Najib | Tiada bukti RM42 juta datang dari Raja Arab Saudi
Alasan pihak pembelaan bahawa RM42 juta dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak datang secara terus dari Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud tidak disokong mana-mana bukti, mahkamah rayuan diberitahu hari ini.

Program Imunisasi | Peningkatan kes daripada komuniti, sektor tertentu
Pelaksanaan program vaksinasi ketika ini memfokuskan kepada petugas barisan hadapan.

Kenyataan 'menteri UMNO kurang prinsip': Perlu ikut kata parti atau Ku Li? - Reezal Merican
Rata-rata pemimpin UMNO masih berada di dalam Kabinet kerana terikat dengan usul yang diputuskan ketika Perhimpunan Agong UMNO (PAU).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 April 2021.

Zahid tidak layak jadi Presiden sekiranya audio tulen, kata Ku Li
Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan sekiranya pendedahan audio antara dirinya dengan Anwar Ibrahim tulen.

'Tidak mustahil Najib jadi PM kali kedua' - KB UMNO
Najib mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menerajui negara berdasarkan rekod beliau memimpin negara sebelum ini, kata Datuk Ahmad Zaini Japar.

Ku Li dakwa beliau pilihan terbaik untuk jawatan PM
-Saya mungkin mendapat sokongan ahli pembangkang, tetapi bukan UMNO,- kata Ku Li.

Jangan tunggu lagi, letak jawatan segera - Tengku Razaleigh
Menurut Tengku Razaleigh Hamzah, ia susulan Perhimpunan Agung UMNO 2020 memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Undi18: Jangan halang hak anak muda mengundi - Tengku Razaleigh
Ku Li membuat gesaan itu kerana ia sejajar dengan pindaan perlembagaan yang dilalukan untuk membolehkan golongan tersebut terlibat dalam proses demokrasi negara.

Hubungan Bersatu dan Pas baik-baik sahaja - Wan Saiful
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa hubungan parti itu dengan Pas ketika ini dalam keadaan baik.

PAU2020: UMNO sebagai Kabinet kerajaan atau tidak, diketahui petang ini - Ahmad Maslan
Terdahulu, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN supaya menarik diri serta-merta.

PAU2020: Belum ada keputusan minta Menteri UMNO tarik diri - Shamsul Anuar
Pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akur jika parti itu membuat keputusan agar Menteri UMNO menarik diri dari kerajaan.