KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terkilan dengan tindakan beberapa ‘rakan’ Ahli-ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, tindakan sekumpulan Ahli Parlimen berkenaan adalah bagi meneruskan agenda politik demi kepentingan peribadi.
Tegasnya lagi, tindakan itu sekali gus menolak keutamaan kepada sebarang usaha untuk mengurus dan menyelesaikan masalah yang lebih penting dihadapi negara ketika ini.
“Saya menyokong penuh kepimpinan Kerajaan kini yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat yang memerlukan pembelaan dalam berdepan situasi kritikal dan berpendapat ini bukan masanya untuk bertindak demi kepentingan diri sendiri.
“Rakyat ternyata muak dan bosan dengan senario politik negara. Lebih mengecewakan apabila ada dalam kalangan Ahli Parlimen terbabit, sanggup memperjudikan nasib rakyat demi kelangsungan karier politik mereka tanpa sedetik pun mendahulukan kesejahteraan negara, dalam menangani pandemik yang melanda,” katanya lagi.
Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sekali gus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.
Media melaporkan semalam sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen dari UMNO telah menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD), antaranya Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), dan Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit).
BACA: MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM
Turut tersenarai ialah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).
LAPOR LANGSUNG PERKEMBANGAN SEMASA POLITIK NEGARA DI SINI
Namun Perdana Menteri awal hari ini berkata, beliau telah memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa dirinya masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Muhyiddin dalam satu Perutusan Khas pada Rabu berkata, usul percaya terhadapnya akan dibentangkan dalam Persidangan Parlimen pada September ini.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, sebarang langkah politik perlu diketepikan buat masa ini demi keselamatan rakyat dan negara.
“Program vaksinasi COVID-19 yang berjalan ketika ini, telah terbukti mencapai kepantasan rekod dengan purata 500,000 dos sehari.
“Negara juga disifatkan berada di landasan yang betul untuk memastikan semua rakyat menerima vaksin menjelang akhir Oktober. Kadar kemasukan pesakit ke hospital akan menurun apabila semakin ramai yang mendapat vaksin.
“Pengorbanan barisan hadapan yang bertugas tanpa henti juga perlu diberi perhatian dalam berdepan waktu yang sukar ini. Justeru itu, sebarang usaha untuk beberapa bulan mendatang adalah kritikal bagi memastikan negara terus dilindungi dari penularan pandemik COVID-19,” katanya lagi.
Ahmad Faizal turut berkata, beliau memohon kepada semua rakan Ahli Parlimen untuk meneruskan khidmat usaha dengan menjalankan kewajipan dan tugas hakiki dalam bersama melindungi rakyat dan negara.
Firdaus Azil
Wed Aug 04 2021

Ahmad Faizal berkata, tindakan itu menolak keutamaan kepada sebarang usaha mengurus dan menyelesaikan masalah negara yang lebih penting. - Gambar fail

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal
AMK Perak membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu.

'Belajar daripada kesilapan lalu'
Timbalan Presiden Bersatu ingatkan parti tidak 'mencari' pengundi apabila tiba hari mengundi sekiranya ingin memenangi PRN di enam negeri.

Perwakilan dijangka desak PRN di enam negeri disegerakan - Ahmad Faizal
Perwakilan dijangka mendesak supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan segera pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2022 yang bermula hari ini.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada PRU15 lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parlimen Tambun.

Bersatu belum lamar KJ secara rasmi - Ahmad Faizal
Bersatu masih belum melamar bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara rasmi untuk menyertai parti tersebut.

Peja sedia pertahan jawatan Timbalan Presiden Bersatu
Peja akan terus berjuang dalam parti itu sekiranya khidmat baktinya masih diperlukan.

'PPBM bersedialah jadi kluster mahkamah 2.0' - Isham Jalil
Faizal tidak seharusnya mencampuri urusan Zahid kerana ia merupakan hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk menentukannya.

Ahmad Faizal gesa Zahid direhatkan daripada jawatan TPM
Ahmad Faizal berkata, ia bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan.

Faizal dakwa kerajaan Anwar tiada keabsahan moral
Anwar menjadi PM bukan dengan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan BN, dakwa Ahmad Faizal.