awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD

Bernama
Bernama
01/09/2024
07:45 MYT
Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD
Ahmad Zahid berkata, pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib sama ada PDRM, RoS atau Jabatan Peguam Negara. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau Jabatan Peguam Negara.
"Sepuluh daripada Ahli Parlimen (BN) yang tandatangan ikrar SD (kepada Perikatan Nasional), mereka (juga) menandatangani dokumen kuasa membentuk kerajaan yang diberikan kepada Pengerusi BN.
"Kerusi yang dimenangi itu bukan hak peribadi, tetapi hak parti atau BN, menerusi tiga perkara yang ditandatangani. Kita ada rakaman video setiap seorang yang menandatangani ketiga-tiga dokumen itu, selain mereka tidak berada dalam keadaan tekanan ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) ke-71 di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Armada Bersatu pada 30 Ogos lepas membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid dengan mendakwa tindakan Presiden UMNO itu berunsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ketika mengemukakan SD bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada November 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#dakwaan tipu SD
#siasatan polis
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan